CETUSAN MINDA

..Ringkas Tapi Besar Pengertian....


Dalam kehidupan seharian kita..
Kita berdepan dengan pelbagai ragam dan kerenah manusia..
Terkadang kita rasakan sesuatu itu mungkin kecil...
Namun besar pengertian bagi oranglain

Antara 18 Ungkapan yang sememangnya
RINGKAS...MUDAH
Namun
BESAR PENGERTIANNYA & AMAT BERMAKNA
kepada oranglain

:
:
:
:
:
V

****************************************

1. Terima kasih.
***




Oleh kerana setiap dari kita ini mahu berasa diri dihargai, kata-kata penghargaan akan membuatkan hati rasa hidup dan bermakna.
Perkataan seperti - 
Terima kasih, saya menghargai diri awak, saya rasa berterima kasih pada awak – kata-kata ini adalah makanan kepada jiwa.


2. Saya maafkan awak.
***


Kita semua melakukan kesilapan dalam hidup.
Tanpa disedari atau tanpa niat, kita mungkin melukakan hati 
kawan-kawan, anak-anak, rakan sekerja dan orang lain. Kata-kata kemaafan menyembuhkan luka di hati dengan membuang beban rasa bersalah yang melumpuhkan diri.

3. Saya sayangkan awak.
***


Satu ungkapan yang ringkas namun amat bermakna sekali.
  Kata-kata ini membongkar pemberian Ilahi yang paling fitrah,
paling murni, paling suci terhadap manusia: kasih sayang.
Hanya satu perkara sahaja yang boleh mengatasi kata-kata
“Saya sayangkan awak”, iaitu dengan menunjukkan
kasih sayang melalui perbuatan.

4. Anda Betul...Saya sudah Salah!
***



Beberapa kata-kata mempunyai kuasa untuk menyalakan sinar kemaafan, seperti pengakuan berani dan tidak mementingkan diri sendiri
terhadap kesalahan diri.
Apabila kita terluka, kita tahu bahawasa perkara yang telah lepas
tidak boleh lagi diubah; namun pengakuan diri terhadap segala
keperitan yang telah terjadi kerananya menjadi titik tolak ke arah
masa depan yang lebih baik.
Jauhi dan buangkan rasa ego dalam diri!

5. Awak cantik.
***



Apabila kita terasa diri tidak cantik, hodoh luaran atau dalaman, 
ianya amat bermakna apabila kita mendengar masih ada orang yang 
menganggap kita cantik.


6. Tak apa.
***
Apabila kita risau, terluka, runsing atau takut, kata-kata sokongan ini membantu membawa ketenangan kepada fikiran. Jika anda pernah menangis dalam dakapan rakan atau kawan anda, anda pasti tahu betapa rasanya untuk ada seseorang yang menyatakan pada anda bahawa 
segalanya pasti akan jadi baik.


7. Saya faham.
***


Sudah menjadi fitrah manusia untuk cuba memahami, 
maka tiadalah yang lebih mengecewakan daripada rasa diri disalah faham. Dalam masa kita terasa keseorangan, disalah fahami atau terasing
dalam pendapat diri;
seorang sahabat yang memahami adalah sangat-sangat dihargai. 
Kita tidak semestinya memerlukan orang lain untuk bersetuju dengan pandangan kita, tetapi kita perlu seseorang yang boleh mengatakan, 
“Saya faham.
Saya mula nampak apa yang awak katakan. 
Saya faham maksud awak.”

8. Awak selamat.
***

Apabila kita terasa lemah dan takut, kata-kata ini mempunyai kuasa untuk mengembalikan rasa selamat dan perlindungan yang kita perlukan. 
Ketakutan boleh jadi penyakit pada minda,
tetapi kata-kata selamat ini adalah sebahagian daripada penawarnya.

9. Saya mengagumi awak.
***


Adanya orang yang memandang tinggi pada anda, berfikir tingginya anda, 
atau terinspirasi untuk menurut jejak langkah anda adalah sesuatu yang
sangat memberi motivasi. 
Kata-kata kekaguman adalah kata-kata  memberi semangat, 
kerana ianya memberi rasa diri kita penting dengan mengingatkan kita
bahawa kita memberi kesan baik kepada yang lain.

10. Saya sokong awak.
***


Apabila membuat keputusan yang sukar, 
yang mungkin atau mungkin tidak yang terbaik, 
ianya sangat bermakna untuk tahu bahawa 
ada orang bersama anda walau apa pun.
Kenyataan seperti,
“Saya bersama awak” dan “Saya sokong awak” 
memberi kita perangsang untuk bergerak 
ke depan dengan
lebih berani.

11. Awak boleh lakukannya.
***


Apabila anda terfikir untuk berputus asa atau sedang melawan
rasa sangsi pada diri, kata-kata perangsang boleh memberi makna 
yang cukup bererti pada anda. 
Keyakinan oranglain terhadap anda  akan menyuburkan semula 
kepercayaan pada diri anda yang sepatutnya anda ada.

12. Awaklah orangnya.
***


Kata-kata seperti
saya pilih awak, awaklah orangnya untuk saya, awak istimewa. 
Tidak banyak perkara yang mengatasi perasaan yang terbit apabila 
mengetahui bahawa anda berada dalam kedudukan yang 
istimewa pada seseorang.

13. Ini semuanya untuk awak.
***


Adalah memberi besar makna dan pengertian kepada orang lain 
sekiranya apa yang kita lakukan atau raikan adalah semata-mata
ikhlas untuknya.
Sekurang-kurangnya kita bukan yang mementing diri sendiri 
sebaliknya masih mampu menggembirakan hati orang lain 
biarpun nampak mudah atau ringkas
namun impaknya besar di jiwa orang lain.


14. Saya ada di sini untuk awak.
***
Jika perlu teman untuk menangis,
anda tahu betapa berkuasanya kata-kata ini. 
Ianya mengingatkan kita bahawa kita tidak sendirian, 
masih  ada orang yang dapat membantu kita mengharungi kesakitan, kehilangan, kelukaan dan segala kesukaran hidup.


15. Kerja yang hebat.
***

Tahniah. Kerja yang hebat. Kerja yang sempurna.
Sama ada kita akui atau tidak, kebanyakan kita seronok dengan 
pengikirafan dari mereka yang lain terhadap usaha-usaha kita.
Kata-kata pengiktirafan dan pujian menggerakkan kita untuk berbuat lebih lagi, bekerja dengan lebih kuat dan memberi rasa harga diri.

16. Saya rindu awak.
***


Kita tidak mampu untuk sentiasa berada bersama dengan orang-orang 
yang kita sayangi dan cintai, namun ianya sangat bermakna untuk
mengetahui diri kita dirindui semasa ketiadaan kita. 
Ini adalah satu cara untuk menyatakan,
saya sayangkan kehadiran diri awak dan saya tidak mampu lagi
menanti saat untuk kita bersama lagi.


17. Awak penting.
***




Kita semua mahu rasa diri kita penting buat seseorang atau sesuatu
selain dari diri kita. 
Mendengar yang diri kita dihargai oleh orang lain, 
terutama pada masa anda terasa diri tidak berguna atau tidak penting,
adalah
sangat istimewa.

18. Maafkan saya.
***

 Apabila hati sakit, meminta maaf dengan ikhlas membuka ruang untuk kemaafan dan berbaik semula. 
Saya minta maaf, tolonglah maafkan saya, saya mohon kemaafan 
– semua kata-kata ini menunjukkan pengakuan terhadap kesilapan yang dilakukan dan pastinya meredakan keadaan.


 ******************************************

Moga dari pertuturan yang ringkas ini..
kan dapat memelihara hati & perasaan oranglain...
Agar tiada hati yang terguris...

:)


olahan sumber : Macam2.com

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran