ISTERI SECANTIK BULAN PURNAMA
Pada
suatu ketika dahulu ada seorang lelaki ingin berkahwin akan
tetapi
citarasanya cukup tinggi iaitu menginginkan
wajah isterinya secantik
bulan purnama.
Oleh sebab itu dia telah bertaklik jika wajah isterinya tidak secantik
bulan purnama maka secara automatiknya talak akan
jatuh.
Keluarganya telah memilih seorang gadis
untuk dijadikan
isteri peneman hidupnya,
Orang zaman dahulu tidak
melihat bakal pasangan mereka
kecuali pada hari perkahwinannya.
Tibalah
hari perkahwinan tersebut.
Lelaki itu terkejut apabila melihat wajah isterinya,
kerana yang diidamkannya tidak menjadi kenyataan.
Lelaki itu terkejut apabila melihat wajah isterinya,
kerana yang diidamkannya tidak menjadi kenyataan.
Bertemulah
lelaki tersebut dengan ulama-ulama
di dalam negerinya bagi menanyakan sama ada talak yang ditakliknya jatuh atau tidak setelah diceritakan
perkara yang sebenar.
di dalam negerinya bagi menanyakan sama ada talak yang ditakliknya jatuh atau tidak setelah diceritakan
perkara yang sebenar.
Bersidanglah
para ulama tersebut bagi mencari jawapan
mengenai kekeliruan yang timbul.
Setelah bermusywarah beberapa ketika,
maka kesemua ulama mengatakan talak yang ditaklikkan jatuh.
Namun,
hanya seorang ulama sahaja yang mengatakan sebaliknya.
mengenai kekeliruan yang timbul.
Setelah bermusywarah beberapa ketika,
maka kesemua ulama mengatakan talak yang ditaklikkan jatuh.
Namun,
hanya seorang ulama sahaja yang mengatakan sebaliknya.
Para ulama yang lain kehairanan dan bertanya
mengapa berpendapat sedemikian,
maka ulama tersebut
menyebut firman Allah yang berbunyi
''Sesungguhnya Aku jadikan manusia adalah dari sebaik-baik kejadian" .
Ibnu
Khatir telah menjelaskan ayat ini dengan berkata
" Allah SWT telah
menciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk kejadian, ketinggian dan
keindahannya.
Manakala, Al-Maraghi pula berkata
"Kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang
paling baik.
Kami jadikan manusia bersifat tegap, bertulang tumit
indah, mampu mencapai maksud yang diinginkannya dengan tangannya,
tidak seperti haiwan yang memungut sesuatu dengan mulutnya"
Ingatlah !
Manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik dan lebih baik
jika dibandingkan dengan bulan purnama
Syukur..