Cuti Sekolah sememangnya sinonim dengan Majlis Perkhawinan.Beberapa undangan dari bekas anak-anak didik diterima .Maka sempena itu, n3 kali ini adalah untuk mereka bakal pengantin mahupun pengantin baru juga pengantin yang telah lama melayari bahtera perkahwinan..maka rasanya tidak salah untuk kita sentiasa ingat akan kesucian satu ikatan perkahwinan yang telah termeteri.
Berikut adalah khutbah nikah
yang disampaikan di satu majlis akad nikah yang banyak manfaat untuk direnungi bersama ...............Insya Allah.
Segala
puji bagi Allah yang dengan rahmat dan kasih sayangNya dapat kita
berhimpun dalam majlis yang diberkati ini. Selawat dan salam kepada
Junjungan kekasih kita Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, kemuliaan dan
keberkatan kepada ahli Keluarga Baginda, para Sahabat r.a. para
Syuhada, para Auliya, para Ulama dan mereka yang menjejaki perjalanan
kebenaran.
Anakanda berdua,
Oleh kerana itu, ada 3 perkara penting perlu wujud demi kebahagiaan dalam hidup seseorang, iaitu :
Ciri Pertama :
Ciri Kedua :
Ciri Ketiga :
Wahai anakanda,
3) Pernikahan adalah KEBAHAGIAN.
Ia adalah pakaian dan kehidupan ahli syurgawi, maka kebahagiaan yang
dimiliki dalam bahtera rumahtangga amat tidak disukai oleh iblis.
Sebagai musuh abadi manusia, iblis sang pewaris neraka akan terus
bekerja untuk menghancurkan kebahagiaan yang menjadi milik manusia, anak
keturunan Adam sebagai para calon pewaris syurga.
Dalam
hal kehidupan berkeluarga, salah satu benteng terkuat untuk menjaga
kebahagiaan dari kehancuran atau kecelaruan itu adalah sikap kemaafan.
Bukalah pintu kemaafan selebar-lebarnya dan selama-lamanya kerana ia
akan mencegah masuknya kemarahan, kemarahan pembuka pintu iblis dalam
menghancurkan kebahagiaan anak-anak Adam.
Ini
penting untuk selalu diingat kerana anakanda mempunyai perangai,
pemikiran, citarasa sendiri-sendiri yang unik, lengkap dengan kelebihan
dan kelemahannya masing-masing, sedangkan melalui pernikahan, perbezaan
ini hendak dipersatukan dalam sebuah rumahtangga demi kebahagiaan.
Justeru sikap faham memahami, bertolak ansur dan keterbukaan di atas kelemahan dan saling memaafkan antara dua pihak amat penting.
Ia adalah resepi abadi dan kuat dalam membangun rumahtangga bahagia.
Lebih dari itu, kemaafan adalah jalan menuju taqwa, [wa ‘anta’fu aqrobu
littaqwa - dan kemaafan itu lebih dekat kepada taqwa].
4) Pernikahan adalah RAHMAT.
Berdasarkan fitrah manusia, agama mengatur tanggung jawab, peranan dan
fungsi anakanda masing-masing dalam kehidupan berkeluarga.
Sempurnakanlah dan tunaikanlah hal tersebut dalam perjalanan kita
membangun rumah tangga yang semoga dengan demikian akan dirahmati dan
diberkati Allah SWT. Menurut ketentuan agama, tanggung jawab sebagai
ketua keluarga berada di bahu suami dengan tanggung jawab terbesar dan
terberat adalah menjaga agar bahtera keluarga selalu berjalan menuju
matlamat abadi, yakni kebahagiaan dunia akhirat dan terhindar dari siksa
neraka.
Teladan mulia bagi isteri tentunya adalah Ibunda Sayyidatina Khadijah, yang selalu memberikan keteduhan, kelembutan dan juga dorongan yang tiada henti kepada suami untuk tetap istiqamah, sehingga betapapun beratnya tentangan dalam rangka menuju matlamat abadi itu selalu dapat diatasi dengan baik dan penuh tanggung jawab. Ingatlah selalu oleh kalian berdua bahwa salah satu fungsi pasangan suami isteri menurut Al-Qur’an (al-Baqarah:187) adalah seperti pakaian [mereka adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka].
Fungsi pakaian selain untuk keindahan adalah juga untuk menutupi aurat, maka suami isteri harus saling menutupi kelemahan pasangannya.
Seandainya kalian melihat kelemahan pada pasangan kalian maka berdoalah
agar dibalik kelemahan itu terdapat kebaikan yang tidak terduga.
Ingatlah firman Allah SWT (An-Nisaa’:19],
“Kemudian
jika kamu tidak menyukai mereka maka bersabarlah, kerana mungkin kamu
tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang
banyak.”
5) Tingkatkanlah bakti kalian kepada ayah-bonda,
yang telah dengan penuh kasih sayang dan kesabaran menghantar kalian
hingga ke jinjang untuk memulai hidup baru, membangun rumah tangga
sendiri. Perlu anakanda ingat bahawa cinta dan kasih sayang mereka kepada anakanda tidak akan pernah pudar walau kini kamu telah membangun rumah tangga sendiri.
Sebagai
penutup di akhir khutbah, Ayahanda Walid berpesan kepada kedua mempelai
pengantin baru dan juga buat sekelian yang hadir dengan firman Allah
SWT :
“Bertakwalah
kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah
memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapatkan kemenangan yang besar.” (al-Ahzaab: 70-71)
“Bertakwalah
kepada Allah dengan sebenar-benarnya takwa kepada-Nya; dan janganlah
sekali-kali kamu meninggal dunia melainkan dalam keadaan beragama
Islam.” (Ali-‘Imran: 102)
sumber Dr. Nurdin Jamaludin UK
Selamat Pengantin Baru Buat semua anak didik &
istimewa untuk dedek
Semoga Bahagia selamanya...
:)