CETUSAN MINDA

...Pengubat R.I.N.D.U..




RINDUKU PADA BAITULLAH  :

"Rindu akan Baitullah bukanlah gemersik rindu yang dicipta. Ia lahir dari hati yang ikhlas dan diri yang kerdil. Pengakuan bahawa manusia itu hamba, pengakuan bahawa ALLAH itu Maha Berkuasa dan kita bakal dihimpunkan tanpa apa-apa. Sesungguhnya, setiap mereka yang pernah menjadi tetamu-NYA pasti memahami runtunan jiwa untuk kembali ke sana. Rasa redha, syukur dan bahagia menyelinap – perasaan yang tiada galang ganti, tidak mungkin dapat dibeli atau diberi."





  TRAVELOG  DUA TANAH SUCI  :

"Batu itu hidup. Batu itu bernadi. Bernadi seperti nadi manusia ... dup, dup, dup, dup ... pada ketika itu, air mata saya jatuh berderai tanpa henti, dan secara spontan saya mengakui akan keagungan dan kekuasaan Allah. Lalu saya mengadu dan merintih pada-Nya, betapa kerdilnya saya dan betapa banyaknya dosa yang telah dibuat. Saya terus melekap pada batu Kaabah itu sambil menangis dan berdoa, namun batu itu terus-terusan...dup, dup, dup, dup....Saya biarkan keadaan itu berterusan, lama rasanya. Lebih dari 5 minit. Setelah berasa puas, saya lepaskan semula lekapan itu. Kemudian, saya lekapkan dada sekali lagi ke batu Kaabah, tetapi kali ini batu itu tidak punyai apa-apa reaksi. Cuma sekadar batu. Bagi menyemarakkan lagi keinginan dan menyebarkan ilmu tentang ibadah haji dan menyingkap hikmah Kaabah, buku ini amat wajar dimiliki oleh hamba Allah yang mencintai syiar-syiar Islam dan merindukan bumi Makkah Al-Mukarramah."






JURNAL HAJI PENGUBAT RINDU  :

 “Benarlah kata orang, pekerjaan haji ialah kemuncak seorang Islam menghambakan diri kepada Penciptanya. Pekerjaan haji merupakan pengorbanan diri sepenuhnya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Andainya pekerjaan haji ini boleh dikategorikan sebagai satu percutian, maka percutianku ini bukan setakat lima bintang sahaja. Sebaliknya ingin kukatakan kepada dunia bahawa percutianku ini bernilai berjuta-juta bintang. Subhanallah....”



 - Antara bahan bacaan yang ada di pasaran..-

"...bila terpandang buku2 sebegini..
terasa sayu  & RINDU  di sanubari... "






LISTEN TO QURAN

Listen to Quran