CETUSAN MINDA

Pembongkaran Sains Tentang Kaabah Dan Rukun Haji..




BAGI orang-yang memahami hukum fizik dan banyak mengkaji tentang kehebatan Mekah akan menemukan sesuatu yang baru. 
Penemuan itu menguatkan lagi keyakinan, Islam agama yang datang dari Tuhan yang Maha Esa. 
Sekali gus, menjadikan diri semakin dekat kepada 
pencipta dan terasa kerdilnya diri 
di sisi TUHAN.

Prof. NORISHAM WAHAB, Pengasas Color Vaibration Therapy yang banyak mengkaji tentang kaitan amalan haji dengan sains menjelaskan, Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. 

Boleh dikatakan ia kawasan paling selamat di dunia. 
Tidak keterlaluan kalau dikatakan, jika suatu hari nanti bumi mengalami kekacauan dan malapetaka, 
Mekah adalah bumi yang paling selamat
 untuk DIDIAMI.




“ITULAH kawasan yang dicari-cari selama ini, di mana manusia 

boleh tinggal dengan selamat dan aman sehingga 
berlakunya kiamat. 
Sebagai pusat bumi memang banyak keistimewaannya. 
Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya 
bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh 
didengar oleh TELINGA”.

“Suatu masa dulu kiblat kita adalah masjid al-Aqsa 

dan di situlah pusat bumi ketika itu. 
Kemudian Allah perintahkan Nabi untuk berpaling 
ke arah Kaabah sebagai kiblat. 
Dari apa yang saya pernah kaji, 
berlaku gempa bumi dan pergerakan lempeng bumi 
di tanah Arab dan menyebabkan pusat bumi 
berubah ke Mekah,” katanya.
Prof.Nohisham juga menjelaskan tekanan graviti yang tinggi 

memberi kesan langsung kepada sistem imun badan 
untuk bertindak sebagai pertahanan daripada 
segala serangan penyakit. 
Sebenarnya ketika berada di sana, 
sistem imun akan menjadi lebih kuat secara semulajadi 
tanpa bantuan vaksin.

PENGARUH graviti banyak memainkan peranan 

untuk merangsang kelenjar pineal yang terletak di otak tengah 
untuk mengawal kekuatan sistem imun. 
Memang sudah dibuktikan apabila berada di Mekah yang sakit 
akan jadi sihat dan yang lemah akan bertenaga. 
Apabila graviti tinggi maka banyak elektron ion negatif 
yang berkumpul di situ. 
Sebab itulah doa akan termakbul kerana di situ
 adalah tempat gema atau ruang dan masa SERENTAK.

Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya.

 Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan
 dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup,
 penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
Ketika berada di sisi Kaabah perasaan akan segera berubah 

menjadi hening, tenang, sayu, rendah diri, kerdil 
pada kebesaran Tuhan. 
Semua itu adalah pengaruh dari 
tekanan graviti yang 
tinggi.

 
HANCURKAN KAABAH




 Meskipun ada niat jahat Yahudi atau Kristian untuk menghancurkan Mekah, cubaan itu tidak akan berjaya. Setinggi manapun teknologi ketenteraan negara-negara maju, tetap tidak dapat menembusi Mekah.

Andai kata ada peluru berpandu yang dihalakan ke Mekah untuk menghancurkannya, itu pun tidak akan berjaya. 

Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. 
Begitulah hebatnya tempat yang Allah pilih sebagai 
kiblat bagi umat Islam. 
Sudah pastinya manusia biasa tidak mampu mencipta 
sesuatu sehebat itu. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. 
Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa 
yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

“Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, 

mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai 
di bawah tanah yang banyak. 
Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam 
walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung 
masih terasa sejuk. Sujud, dahi mencecah lantar masih terasa dingin marmar yang dipanah matahari 
kerana tekanan graviti tinggi itu,”
 terangnya.

 
DI SEBALIK RUKUN DAN WAJIB HAJI

Selama ini kita hanya diajar tentang melakukan 
ibadat haji, rukunnya, sejarahnya, perkara yang dilarang 
semasa ihram akan penjagaan kesihatan ketika di Mekah. 
Mengapa tidak pernah ada ulama atau tokoh agama
 yang memberitahu apa rahsia di sebalik rukun haji itu. 
Hikmah-hikmah yang selalu dilaung-laungkan tentang haji 
sudah terlalu biasa sangat.
 Haji dilihat sebagai satu pengorbanan, 
memerlukan kesabaran yang tinggi, persaudaraan, 
mengabdikan diri, melawan nafsu, dugaan, persamaan, 
 perpaduan, kesucian rohani, menghambakan diri dan 
satu cita-cita. 
Semua yang dijelaskan terlalu subjektif.

Justeru,Al Islam mengambil kesempatan ini untuk

 merungkaikan nikmat di sebalik tuntutan rukun haji 
dan larangan di dalam ihram berdasarkan hubungannya 
di dalam sains. 
Ia sudah pasti dimulakan dengan niat. 
Nampak mudah tetapi besar impaknya pada keseluruhan ibadat. 
Niat di sini bukan saja niat ihram tetapi juga 
niat kali pertama yang terlintas di hati untuk 
menunaikan haji.

Menurut Prof Norhisham, apabila niat untuk 

mengerjakan haji sudah terlintas di hati, 
ia sebenarnya sudah sampai ke Kaabah. 
Untuk mendapatkan haji yang mabrur bermula 
dari niat semasa di tanah air. 
Akuinya, memang ramai yang mampu untuk mengerjakan
 haji namun untuk mendapatkan yang mabrur cukup sukar. 
Budaya masyarakat Melayu sebenarnya banyak 
menghalang tujuan mendapatkan 
haji yang mabrur.

Katanya ramai yang tidak faham tentang ibadat tersebut. 

Ibadat haji mempunyai hubungan yang sangat rapat 
antara manusia dengan Tuhan. 
Justeru tidak boleh ada rasa riak dan bangga diri. 
Jika membuat kenduri pun tidaklah sampai 
menjemput satu 
kampung.

“Niat ke sana untuk apa? 

Belum pun habis kita menyusun niat sebenarnya 
Kaabah sudah boleh mengesan apa yang di dalam hati kita. 
Niat itu ibarat bar kod yang akan diimbas semasa di sana nanti.

“KITA Kita pergi ke sana untuk penyerahan diri pada Tuhan,

 rasa kerdil pada kebesaran Nya. 
Secara automatik akan menyebabkan kita lupa 
pada urusan dunia dan kesusahan yang ditempuhi.
 Pemusatan fikiran hanya kepada Allah Tuhan yang satu, 
ia akan datang dengan sendirinya apabila berada di Mekah kerana semua itu ada kaitan dengan kekuatan Kaabah 
sebagai pusat bumi,” 
ujarnya.
 
Tambahnya lagi Kaabah bukan sekadar bangunan

 hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib
kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, 
zon magnetisme sifar dan 
tempat yang paling 
dirahmati.


BERMALAM DI MINA

Mengapa bermalam di Muzdalifah dan Mina 
menjadi satu perkara yang wajib sebelum 
melontar ketiga-tiga jamrah. 
Di sebalik semua itu ada tujuan apabila Allah 
menurunkan perintah¬nya. 
Menurut Prof Norhisham, wajib haji itu bertujuan 
mendapatkan cukup rehat bagi memulihkan tenaga 
sebelum kembali semula ke Masjidilharam 
menunaikan tawaf dan sai.



“ Tidur dengan posisi menghadap Kaabah 

secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif 
hingga tulang belakang, bagi menghasilkan sel darah.
 Ini adalah sebagai langkah persediaan untuk melakukan 
rukun haji yang berikutnya sebab 
itulah diwajibkan 
bermalam.

“SEMASA tawaf nanti memerlukan tenaga yang 

banyak untuk mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. 
Bila bermalam di Mina seolah-olah kita sudah dapat bateri baru 
untuk melakukan rukun yang lebih mencabar lagi,”
 jelasnya. 
Manakala mengenai tawaf pula memang 
banyak keistimewaannya.

Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam 

memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Sebenarnya pusat bumi itu bukan sekadar untuk bumi saja 
tetapi ia seakan satu ruang atau suis yang mengawal 
 seluruh cakerawala, bintang, matahari, planet dan ruang angkasa. Bermakna pusat bumi itu ada tenaga yang cukup kuat 
yang tidak boleh dilihat, dengar, rasa tetapi 
boleh dikesan frekuensinya.

Prof Norhisham turut menjelaskan pergerakan 

lawan jam di dalam jumlah tujuh pusingan.
 Katanya, semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu. 
Elektron mengelilingi nukleus, molekul protein terbentuk 
dari kiri ke kanan, darah beredar juga dari arah yang sama
 di dalam badan, sperma juga beredar mengikut lawan jam, 
matahari, bulan dan planet semuanya berputar 
mengikut hukum yang sama.
Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia 

mengikut lawan jam.

Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, 

bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat 
dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. 
Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga,
 sihat dan panjang umur.

TAWAF







“MANAKALA darah atau apa saja di dalam tubuh manusia 
mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah 
mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. 
Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa 
bertenaga dan sihat .

SEMUA larangan itu ada penerangan-nya. 
Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala
 kerana rambut dan bulu roma adalah ibarat antena untuk
 menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Begitu juga, muka dan tangan mempunyai fungsi yang sama.
 Sebab itulah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah 
ditarik keluar dan digantikan dengan
 nur atau cahaya yang
 BARU.

SELEPAS selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. 
Tujuannya untuk melepaskan diri daripada 
pantang larang dalam ihram. 
Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan
 antena atau reseptor kita dari segala kekotoran
 supaya hanya gelombang yang baik saja akan
 diterima oleh TUBUH.



Penggunaan kain kapas sebagai kain ihram selain 
untuk menonjolkan persamaan di sisi Tuhan, 
wujud rahsia yang lebih mendalam. 
Kain kapas menurut Prof Norhisham adalah simbolik
 tanah hitam yang berunsur karbon. 
Kapas adalah unsur yang paling bersih. 
Sudah dikaji, kain kapas boleh membiaskan
 atau memantulkan semula radiasi gelombang jarak jauh 
atau gelombang infra merah. 
Gelombang ini memang sudah dikenal pasti 
mempunyai kesan yang tidak baik kepada badan.

                                           
       Sumber: Majalah Al Islam ( Sept.)









3 comments:

Tinaz said...

Assalamualaikum..

Banyak rahsia-rahsia peribadatan yang kita lakukan tiada kita ketahui hikmahnya, semuanya untuk kebaikan manusia sebagai hamba kepada Yang Maha Pencipta alam ini.

Nice, thanks for sharing.

Teacher Basariah said...

Subhanallah..Indahnya segala yang telah Allah aturkan..Thanks for sharing(^_^)

mamawana said...

Subhanallah Alhamdulillah Allahu akbar.

Sentiasa merindui tanah haram itu...

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran