CETUSAN MINDA

image
image
image
image
image
image

..Ok Je!......




..Appointment di awalkan satu hari...!!!

 erkk!

Relakssss!



InsyaAllah..
:)



..Terpaksa Rela!..


Dialog dalam sebuah klinik gigi....


Kenapa ni?
Gigi geraham pecah skit lah doktor !
Pecah boleh selamat ke tak leh selamat ni?
Ntahhhh laaa doktor...
ermm..you makan apa yaa?
(sambil check !)
...Time tu duk kunyah biskut jeee...
Ni ..kalau tampal tak tahan lama...tak boleh kunyah lasak!
owhh!
Sebenarnya ...you makan apa...cuba beritahu saya..
(aikkss!!...soklan sama tadi...yelah mesti doktor tak caya ..
setakat makan biskut leh serpih geraham!!!..mesti lawakkk....tak logik!huhuu..)
 Ye laaa doktor.... duk makan biskut...tiba2 jee serpih!...

Okkkk...
Dua pilihan samaada nak tampal tapi tak jamin tahan dan 
Pilihan ke-dua....yang ni memang tahan lama!

Terkebil-kebil dengar doktor...sambil lam hati sempat lagi berkata2..
(...yelah...memang logik lah tahan lama ...kosnya pun lumayannn...)
Maka..keputusannya...
:
:
:
:
:
:
V

..ermm...geraham  nak pakai 
CROWN!
:p

InsyaAllah..
keputusan muktamad...
Appointment - Khamis
Tarikh - 15 Disember 2011
Jam - 2.00 pm
Pesanan dari Doktor -  Makan kenyang2 sebelum datang !
uhhh!


Yang pasti on that day...
TERPAKSA MERELAKAN
di.....
:
:
:
:
:
:
:
V
...saat2 mengerikan!...huhu..Yang ni tak tahan niiih..


Nak join kee?
erkk!!




..Senyum Dalam Sabar ..




Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika 
seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a 
sedangkan Nabi s.a.w  sedang duduk di hadapannya. 
Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan 
Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum.

Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan,
lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. 
Mendengarkan akan jawapan itu, Nabi s.a.w begitu marah,
bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata:
Ya Rasulullah s.a.w,  apabila orang itu terus mencaciku
engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, 
tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: 
Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya,
seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, 
malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu,
dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan;
oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.

(Hadith Riwayat Ahmad)


p.s: ...peringatan untuk diri ini juga...




LISTEN TO QURAN

Listen to Quran