CETUSAN MINDA

image
image
image
image
image
image

....Lagi-lagi Last Minute...


Gambar kucing kat atas tu..bukannya apa
sebab...ia CUTE !
Satu lagi....suka tgk tenungan syahdu tuu!!
(...ekspresi org sini lee tuhh!)

ok ok..
n3 menterapikan diri ...mengalih pandangan kat  kucing tu jappp
Sebenarnya..
kerja modul2 tempohari terpaksa ditunda..!!!!

Kenapa & Mengapa...

Sebabnya memberi ruang utk satu lagi tugas yang JUGAAAAA tetiba mendatang.
Menerima edaran pembahagian tugas AJK satu pertandingan bhg kurikulum
pada hari Isnin baru2 ni...
dan nama orang sini terletak di atassssss
untuk AJK program akademik
&
Menjadi lumrah..
bila dah nama di atas ...mmg automatik...dianggap dia lee ketuanyaaaa!!
(......ok ..ok...it;s ok ..it's ok.........smileeeee.....)

Tapi tak pe....InsyaAllah...
pelan pelan kita buat apa yang termampu...


Biorpun.....

1-  Program2 sekolah  yang byk  ditaip  kat umah ni haaa, 
masih ada lam komputer yang baru jeee  ------------------> ROSAKKKKK

2-  Tempoh masa untuk pertandingan yang tercatat dalam  edaran
adalah dari.............er...er.....er...................
........................................
-----------------------> 1 Ogos hingga 30 September 2012  2011 !!!

(.......... ok ok....dah dipesan org atasan...cikgu2 jangan panic tgk tarikh tuu....ok ok.ook.
...think positif...!!!...mana tahu kan..kut2 pegawai penilai duk menilai sekolah2 lain duluuuu...)
ermmmmmm!!!

Ekoran ini juga.....
...........sekali lagi....
menyahut cabaran utk
tugas 
:
:
:
:
V
last minuteeeeeee!!!!!

Uhhh..
tak pe tak pe..
BUat apa2 yang patut...selagi terdaya..biorpun apa rintangan yang mendatang...
(...ayat penenang diri niihh...)


Semoga Allah permudahkan segalanya...

InsyaAllah..
:)



...Sebalik Merah Delima....



Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, 
" Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon
kurma dan delima".  [Surah al Rahman ayat 68]. 

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arabnya disebut tiga kali dalam Al-Quran
untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut 
sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? 
Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?
 

Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya.
Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, 
akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. 

Menurut pengamal perubatan Islam buah ini dengan izin Allah SWT boleh mengatasi 
penyakit batu karang, membuang toksik dalam badan dan pelbagai lagi penyakit lain.  
Cara-cara pengunaannya ialah :

Pertama, carilah buah delima yang sempurna rupa bentuknya seumpama kita melakukan ibadah korban, wajib menyembelih lembu, unta dan kambing yang tiada cacat celanya.

Keduanya, ambil bahagian yang berwarna putih yang meliputi isi buah delima itu yang seumpama honeycomb sarang lebah dan masak dalam 7 gelas air.

Ketiga, minumlah air dari masakan tadi sekali sehari dengan membaca surah seperti berikut:

1. Surah Al-Fatihah

2. Ayattul Kursi

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

3. Surah Al-An’aam ayat 99

وَهُوَ الَّذِي أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ نَبَاتَ كُلِّ شَيْءٍ فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِرًا نُّخْرِجُ مِنْهُ حَبًّا مُّتَرَاكِبًا وَمِنَ النَّخْلِ مِن طَلْعِهَا قِنْوَانٌ دَانِيَةٌ وَجَنَّاتٍ مِّنْ أَعْنَابٍ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُشْتَبِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۗ انظُرُوا إِلَىٰ ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَيَنْعِهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكُمْ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

4. Surah Al-An’aam ayat 141

وَهُوَ الَّذِي أَنشَأَ جَنَّاتٍ مَّعْرُوشَاتٍ وَغَيْرَ مَعْرُوشَاتٍ وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُتَشَابِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۚ كُلُوا مِن ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَآتُوا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ ۖ وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

5. Surah Ar-Rahman ayat 68

فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ

6. Surah At-Thaariq ayat 4

إِن كُلُّ نَفْسٍ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ

Peringatan : 
Sebelum beramal dengan kaedah yang disebut di atas,disarankan baca ayat-ayat tersebut di hadapan seorang yang mahir dalam bacaan al-Quran agar dibaiki segala kesalahan dalam bacaan kita.

Sumber dari Ustaz Sharhan Safie dalam rancangan TanyaLah Ustaz (23 Sept 2011)
Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai
buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: 
"Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman".
Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik 
untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis




Di samping itu, 
buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalamfungsi saraf dan otot. 
Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan.
Pengambilan delima juga boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat 
dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.


Begitulah di antara  kehebatan yang terkandung di dalam buah delima yang mungkin 
lebih banyak lagi khasiat yang tersembunyi di dalamnya..
Betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri 
agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut....



Olahan Sumber : e-mail kiriman teman..Tq!
:)

.... Kerja Last Minute!!..


Alhamdullilah...

Akhirnya...
Siap kerja last minute.....!
Aduhai..
:)

.....simple jee!


Harap menepati piawaian...!


 
p/s: thanks.....
buat Sis Idalara,KakErna,IbuIntan,Dik Fida,Dik MissGee,MrAbd Razak,Norsha
atas kata2 semangat yg mencoolllllkan keadaan dalam komen kalian ...
Yelah kan..maunya tak terkedu bila buat kerja last minute camni..aduhaiii!!
:)




LISTEN TO QURAN

Listen to Quran