CETUSAN MINDA

image
image
image
image
image
image

Subhanallah...

Masihkah  ingat....


TSUNAMI.....di ACHEH

Terselamatnya masjid setelah bencana alam Tsunami yang melanda Acheh
suatu tika dahulu.....
Itulah kekuasaan ALLAH!

Hari ini..tertarik dengan email daripada adik tentang
MASJID KOBE....
&
Hasil daripada carian imej di google  :

Mungkin teman sekalian telahpun membaca tentang masjid Kobe ini..
Bagi yang belum..(termasuk orang sini...baru tahu!)
Ingin dikongsikan ceritanya (dari email) di sini  :
:)


Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. Serangan Jepun atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika Syarikat telah membuat kerajaan Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama kali 
dalam sejarah dunia.

Jepun pun menyerah kalah, tentera Jepun yang berada di Malaya pun sama terlibat turut pulang. Dua bandarnya, Nagasaki dan Hiroshima dibom dengan bom atom oleh Amerika. Semasa itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya.
Boleh dikata Kobe menjadi padang jarak padang terkukur.
Ketika bangunan di sekitarnya musnah sama sekali,
Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca tingkapnya pecah. Bahagian luar masjid
menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. 
Tentera Jepun yang berlindung di bilik bawah tanah masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya.
Masjid ini kemudian menjadi tempat pelarian mangsa perang.




Kerajaan Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana membaikpulih 
dalam jumlah yang besar. Kaca-kaca tingkap yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang didatangkan terus dari German. 
Sebuah lampu hiasan baru digantungkan di tengah ruangan solat utama. 
Sistem pengatur suhu bilik juga diletakkan di masjid ini.
Sekolah yang hancur akibat perang kembali dibaikpulih dan 
beberapa bangunan tambahan pun mula dibina. Umat Islam kembali menikmati kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Kobe.
Krisis kewangan sering menghimpit ahli jawatankuasa masjid. 
Cukai bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid perlu mengeluarkan
cukup banyak bayaran dari simpanannya. Banyak sumbangan dihulurkan untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan mengubah suai masjid ini. Sumbangan-sumbangan ini menjadikan Masjid Kobe menjadi semakin berkembang.

Pada tahun 1995, kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan gempa bumi paling dahsyat. Tepatnya pada pukul 5.46 pagi, Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lain-lain.
Meski hanya berlaku selama 20 saat, namun gempa ini mengorbankan seramai 6,433 orang, yang sebahagian besarnya merupakan penduduk bandar Kobe. 
Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar bandar
seluas 20 km dari pusat gempa.

Gempa bumi itu adalah kedua terburuk di Jepun selepas gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak gempa bumi besar Kanto 1923 yang mengorbankan 140,000 orang.
Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak bergoyah meskipun dilanyak dari berbagai bencana.
Semoga dakwah Islam di Jepun seteguh masjid ini.


...Gambar Masjid Kobe sekarang....

Dalam tercari2 gambar-gambar di atas,terjumpa juga....



Sebegitulah kekuasaan Allah....
Subhanallah.....



..Di Sebalik Ke- ELEGAN-an..



BAHAYA  BERKASUT TUMIT TINGGI


Berkasut tumit tinggi  memang membuatkan penampilan seseorang wanita nampak lebih bergaya & ELEGAN...namun di sebalik itu boleh mengundang bahaya serta masalah kesihatan!

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) , 
kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.


Di antara keburukan berkasut tumit tinggi 
yang terlalu lama :

- kencing tidak lawas, masalah belakang & tulang pinggul,kesakitan pada bahagian 
  rahang, leher dan   kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah 
  kesuburan

- Berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi 
  pendek  hingga menyebabkan sakit tumit.

- Dengan  memakai kasut tumit tinggi akan mengubah cara jalan seseorang dengan 
  mengenakan pusat  graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 
   26 peratus pada  lutut iaitu  kes biasa osteoprosis.


- Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor 
   Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 
   peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

- Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit 
  tinggi ialah neuroma akibat daripada  kaki yang dipaksa  masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan.
  Pemakaian dalam jangka masa yang panjang ini boleh menekan saraf dan mulalah terbentuk tisu
  di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan 
  untuk  memulihkannya.



- Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita  
  berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang 
  bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan 
   menyakitkan.




- Masalah lain yang biasa berlaku sekiranya tersilap langkah yang 
  boleh menyebabkan  terseliuh pergelangan kaki. 

- Andai cara  berdiri ketika pemakaian kasut tumit tinggi  tidak 
  seimbang ,ia boleh  beri kesan kepada organ dalaman kepada 
  saraf kaki dan lain-lain urat dibawah betis   dan paha..
  Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri 
  yang tidak seimbang   setiap kali memakai kasut bertumit 
  setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada 
  organ dalaman dan kesuburan wanita.

- Hasil kajian akibat dari pemakaian kasut tumit tinggi boleh menyebabkan rambut gugur,leher, kesakitan pada lutut, sendi, tulang belakang, bahu & boleh juga penyebab kepada pening kepala!







Sehubungan itu CAP menasihati kaum wanita agar mengelakkan dari 
pemakaian kasut bertumit tinggi ini bagi menyelamatkan diri daripada mengalami 
pelbagai masalah kesihatan yang boleh memudaratkan.
 
 
ermm....
JANGAN  PAKAI  KASUT BERTUMIT TINGGI!!






 
Tapi..
Kalau setakat.....
 





agak-agak kena  cari kasut lain jugak kee??
...erkk!
:p


...01012011..

Sebut Tahun Baru
Ada Yang Pasang Azam..Ada Yang Tidak..
Ada Yang Berkobar2 Semangatnya..
& 
Tak Kurang Juga Yang Pada tahap Biasa2 sahaja
Ada Azam Atau Tidak
Moga Kita tempuhi hari2 mendatang dengan penuh bermakna..
Kadangkala....semangat nan berkobar2 tetiba termalap jua akhirnya
Yang ntah kenapa..
bagaikan satu kebiasaan...
Uhhh!!!
Harap Tahun 2011...dapat melakukan anjakan paradigmanya..
Agar Kebiasaan itu diubah kepada.....Ketetapan..!
Andai tersemat kukuh di minda...pasti kan terubah....
InsyaAllah
:)

Cam Semangat Hari iNI...
:p
.....Harap semangat tu sampai akhir tahun...!!! :P




LISTEN TO QURAN

Listen to Quran