Dari Abu Hurairah r.a 
meriwayatkan bahawa 
satu ketika seorang lelaki 
sedang mencaci Abu Bakar r.a 
sedangkan Nabi s.a.w  sedang duduk di 
hadapannya. 
Orang itu terus mencacinya sedangkan 
Abu Bakar r.a dan Nabi 
s.a.w terus bersabar mendengarnya. 
Lantas Nabi s.a.w tersenyum. 
Apabila 
orang itu mencacinya dengan keterlaluan,
 lantas Abu Bakar r.a menjawab 
akan caciannya. 
Mendengarkan akan jawapan itu, 
Nabi s.a.w begitu marah, 
 bangun, 
lalu 
meninggalkannya.
Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w 
di belakangnya  
dan 
berkata: 
Ya Rasulullah ,  
apabila orang itu terus
 mencaciku 
engkau masih tetap duduk 
dan 
apabila aku menjawabnya,
 tuan 
nampaknya marah dan bangun?
Nabi s.a.w menjawab: 
Semasa kamu diam
 dan bersabar mendengarnya, 
seorang malaikat bersama denganmu
 yang mana 
sedang
 menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu,
 tetapi apabila kamu 
menjawabnya semula, 
malaikat itu meninggalkanmu, 
dan syaitan telah 
datang di antara kamu, 
dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan,
 oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.
(Hadith Riwayat Ahmad)
Siapa
 lah kita yang mahu mencaci ciptaan Allah?  
Sebanyak mana keburukan dan 
kesalahan mereka 
yang kita ketahui,
 ALLAH  lebih mengetahui. 
Walaupun 
sebanyak buih di laut, 
keampunan dan kasih sayang ALLAH
 jauh lebih luas 
daripada itu.
Semoga ALLAH mengampuni 
segala dosa-dosa 
 dan 
Semoga diri tidak tergolong di kalangan
mereka yang suka mencaci sesama insan...
In Sha Allah..