CETUSAN MINDA

...Di sini Lahirnya Sebuah CINTA..









Salam Merdeka..

:)



Kisah Sang Gagak..





Seekor gagak yang tinggal di hutan 
sangat berpuas hati 
dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa 
seekor angsa.

“Putihnya angsa. Saya hitam sangat. 


Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,”
katanya.
Angsa yang tinggal di kolam berkata 
kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu 
satu ketika dulu sehingga ia terjumpa 
burung kakak tua.

“Saya satu warna sahaja.  
Burung kakak tua ada dua warna. 
Burung kakak tua barulah burung yang
 paling gembira di dunia,” 
kata angsa itu kepada burung gagak.

Burung gagak itu mencari burung kakak tua 
dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. 


Burung kakak tua pun menjawab, 
“Wahai gagak sahabatku! 
Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… 
tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak
Dia ada pelbagai warna.”

Burung
gagak pun pergi ke zoo dan
 melihat kehebatan burung merak.

“Wahai burung
merak! Cantiknya kamu.
 Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. 
Bila mereka melihat saya, mereka halau saya.
 Kamulah burung yang paling bahagia di dunia,”
 kata burung gagak.



Burung merak pun menjawab, 
“Aku selalu rasa akulah paling cantik dan gembira di dunia ini. 
Tapi kerana kecantikan aku, aku dikurung di dalam zoo ini.
 Aku telah melihat sekitar zoo ini, hanya burung gagaklah 
yang tak terkurung di zoo ini. 
Kalau aku ialah burung gagak
aku rasa aku paling gembira kerana dapat bergerak sana sini.”









Demikianlah kisah yang boleh dijadikan kiasan
dalam hidup kita di dunia ini.
Di kalangan manusia, kita juga selalu saling membanding. 
Sikap sebegini sebenarnya  tidak perlu kerana ia akan 
 menimbulkan tekanan dan kesedihan. 
Membanding bermakna kita tidak menghormati 
apa yang diberi Allah. 
Kita akan  berasa kononnya Allah tidak adil. 
Kita pasti  berasa diri malang.

Wahai diri.....,
Fokuslah pada apa yang ada di tangan. 
Setiap manusia ada benda lebih dan benda kurang. 
Tapi Allah maha adil
 – sesiapa yang tahu bersyukur dengan apa yang ada,
 dialah manusia yang paling gembira. 
Adakah kita salah seorang itu?
HambaNYa yang sebenar-benar BERSYUKUR?







Olahan  Sumber  dari  :










..Mula Bicara..



Assalamualaikum..

Alhamdulillah..
Hari ini digerakNya hati untuk ke sini
Sudah lama rasanya terbiar kaku
Bersawang 
tanpa kata-kata
diam membisu kaku
Sebegitulah diri sebagai hambaNya
Tiada apa-apa daya
Melainkan dengan kuasaNya jua..
Dia yang memberi kudrat
Dia yang mencetus idea
Dia yang menggerak hati
Dialah jua menganugerah segala rahmat
ke atas hambaMu ini
Dialah segala-galaNYa
TanpaNya diri tiada apa-apa
Betapa kerdilnya diri
Betapa terkadang hambaMu ini jauh terpesong
Terkadang jua hambaMu ini terlupa dengan rahmatMU
Namun dalam lalai
 Dia sentiasa setia ada
Dia Maha Mendengar segala rintihan
Dia Maha memahami segala isi hati
Dia Maha segalanya...
Moga Dia tidak sesekali berpaling pada hambuMu
Yang serba kedaifan ini..





LISTEN TO QURAN

Listen to Quran