CETUSAN MINDA

...WAHAI DIRI....



Wahai diri, 
Tahukah engkau bahawa ALLAH menjadikanmu di muka bumi ini
 adalah semata-mata untuk beribadah kepada~Nya. 
Untuk mengabdikan diri kepada~Nya? 
Lupakah engkau bahawa engkau telah 
menerima amanah dari ALLAH sebagai khalifah di dunia ini,
 padahal makhluk ALLAH yang lainnya 
 tidak sanggup untuk 
memikulnya?

Cubalah engkau renungkan dirimu ini...

 Apakah yang telah engkau lakukan di atas bumi ALLAH selama ini? Sedarlah dirimu, wahai diri. 
Dirimu sebenarnya sedang bergelumang dengan dosa 
dan noda yang tiada kesudahannya.




Pernahkah engkau terfikir berapa banyakkah 

nikmat yang telah ALLAH kurniakan kepadamu? 
Pernahkah engkau menghitung pertolongan yang telah 
ALLAH berikan kepadamu? 
Sekalipun engkau cuba untuk menghitungnya 
tidak akan kau dapati jawapannya. 
Ianya terlalu banyak, wahai diri!!!
 Bagaikan langit dengan bumi!!!

Walaupun engkau terus melakukan maksiat kepada~Nya,

 melanggar perintah~Nya, 
ALLAH tidak pernah putus memberikan engkau Nikmat 
dan Rahmat~Nya yang tiada terhingga, 
hinggalah ke akhir hayatmu.
 Nikmat ALLAH yang manakah yang tidak
 engkau sukai wahai diri, 
sehingga engkau sanggup melanggar perintah~Nya? 




Zalimkah ALLAH jika tidak dikabulkan doa dan permintaanmu? 
Zalimkah ALLAH jika IA menghukummu setimpal 
dengan apa yang telah engkau lakukan?
 Zalimkah ALLAH jika ditolakNya permintaanmu 
kerana ianya akan membawa 
bencana kepadamu?

Sesungguhnya, wahai diri, 

engkau tentu telah tahu ALLAH sebenarnya tidak zalim. 
Engkaulah yang menzalimi dirimu sendiri! 
ALLAH Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang 
kepada hamba-hamba~Nya. 
Tidak semudah itu ALLAH akan menghukum hamba~Nya 
di atas setiap kesalahan dan dosa yang telah dilakukan. 
Kerana tidakkah ALLAH telah banyak memberikan engkau 
kesempatan untuk bertaubat 
kepada~Nya?




Pengajaran demi pengajaran. 

Berbagai bala dan ujian yang engkau alami dalam hidupmu ini 
adalah sebagai pengajaran dari ALLAH 
untuk mendekatkan engkau 
kepada~Nya!


Di waktu engkau ditimpa bala dan musibah, 

bila tiada sesiapa di sisimu yang sudi menolongmu; 
 bukankah ALLAH jua yang datang menolongmu tanpa kau sedari? Dihilangkan musibah itu darimu dan diampuni~Nya dosamu 
dengan kesabaranmu menanggung 
bala dan musibah itu.



Insaflah wahai diri. 

Setiap yang hidup pasti akan mati. 
Belum ada jaminan dari ALLAH berapa lama lagi 
engkau akan diberikan kesempatan untuk terus hidup 
di muka bumi ini. 
Belum ada insan yang mati, 
hidup kembali untuk memperbaiki amalannya. 
Belumkah sampai masanya untuk engkau 
menuju jalan kembali? 
Untuk membuat persiapan bekalan hidupmu 
di alam yang lebih kekal abadi? 
Renungkanlah liku-liku perjalananmu ke alam akhirat.
 Azab dan siksaan yang pedih akan menantimu 
bila engkau kembali ke alam barzakh
 tanpa persiapan dan amalan. 
Membawa dosa yang tidak terampun!



Tiada jalan mudah untuk ke Syurga.
Tiada pula sukar bagimu dipesongkan jalan ke neraka.
Segeralah engkau bertaubat 

sebelum datang ajalmu yang 
tiada siapa pun tahu!

 
Petikkan dari : Jaridah – Julai, Rejab 1428H.








...Ampun & Maaf Dipinta...










Kepada Semua Teman ..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin


LISTEN TO QURAN

Listen to Quran