CETUSAN MINDA

Cuti Ekspress!..



Cuti-Cuti Malaysia 
Nan Ekspress!
Plan bercuti ni pun sebab mengota janji-janji  pada Aisha
semasa di ward tempohari...
(..kiranya ni kes..Janji Ditepatilah ni..:p) 

" Nanti..bila Aisha sihat..kita g Aquaria"
"...Aisha ...kalau rajin minum air..boleh kita g Aquaria.."
:)

Sabtu- 23 Mac 2013

Selepas appointment Aisha dengan pakar
terus perjalanan ke
:
:
V
MELAKA :
Menginap di Hatten Hotel- Hotel baru..suka!
Bilik sudah pasti bersih & menarik..
Yang best...
hotel ini bebas dari asap rokok!
Sebelah malam ...kita jalan-jalan di
shopping kompleks berdekatan je!
Just men'jamu mata'...
SERIUS!!!
Tak beli pe2 pun! 
(...er..er..sebab seblh siang...adalah jgk 'terbeli'..:p..hehe)


AHAD-24 MAC 2013

Berangkat ke destinasi yang dijanjikan 
Namun
Sempat juga melencung..
mengimbau nostalgia
dengan berkunjung 
ke
:
:
:
V


 ..Ke sekolah lama..
Dulu namanya SMK Labu,.. sekarang sdh bertukar nama!
Pernah merasmi duduk di kuarters guru tuu
(...ditambahnya lak atap zink..dulu tak ada !..huhu...)
Sekolah ni...kena daki bukit!
Bila sampai ke atas...pagar sekolah tertutup!
Yalah...hari Ahad maaa.....!
:)



Dulu...Pak Guard tak ada...
Ops!
Gambar bawah...panjang langkah sikit..
ke Nilai 3..
Malas nak berpanas...cuci-cuci mata hanya sederet kedai..
Tu pun lama skit di kedai baju ni..sebab ber-aircond!
Selepas tu..
Kita sambung perjalanan!
:)



3.20 PM..
Sampai ke destinasi yang nak dituju!
:
:
:
V


 Menumpang berteduh di sini...
- Bertentangan dengan bangunan Tabung Haji!
:)
Aizad bz dgn homework!
Adiknya apa lagi...ada je yang nak ditulis jugak!


 ISNIN-25 MAC 2013


Memandangkan Aquaria dibuka pada 10.30am
Maka 
tempat pertama kita jejak
ke sini

:
:
V
 Petrosains..
Mulanya frust juga bila cari info dlm internet..
Petrosains ditutup pada hari Isnin..!
Rupanya dibuka..sempena cuti sekolah..
Ada rezeki!


Jejak ke-dua  :
Mengota janji pada Aisha  :
:
:
V
AQUARIA..
 Sejuk mata memandang!


Jejak 3  :

 KL Tower...
421 meters height!


SELASA- 26 MAC 2013

Masa untuk pulang!
:)



Sekian..
Catatan Perjalanan
:)





..Cerita 6 hari!..


Kesinambungan entry lepas..
Al-kisah Si Aisha  :


HARI  1

Jumaat...15 Mac 2013 -Pagi
 merujuk kepada Pakar 
yang biasa merawat Aisha.
Sebelum tu..dah rujuk doktor di klinik ..
kata doktor- hanya merah di tekak!
Esoknya...
batuk Aisha menjadi2...
ditambah dengan panas badan 
yang tidak kebah panasnya biarpun 
selepas makan ubat demam!


Jumaat -Malam
Sebelah paginya,sepertimana yang dijangkakan...
Setelah di X-ray..
Terdapat jangkitan di Peparu...dan perlu ditahan  wad!
Mendaftar masuk ke wad pada jam 11.00 malam..
memandangkan tiada kekosongan bilik seblh siang!
Uhhh!



HARI  2  

Sabtu 16 Mac 2013
Demam Aisha setinggi 39.1..
Aisha sedikit moody!
& banyak Zzzzz!
Hasil ujian darah..
didapati jumlah platlet & sel darah putih rendah dari normal 
dan dikhuatiri demam denggi!

(....time ni...memang susah hati makbonda!..)


HARI  3

Ahad,17 Mac 2013
Aisha ber-'nebulizer'!
Alhamdulillah...biarpun demam...Selera makan tetap ada.


HARI  4

ISNIN,18 Mac 2013- Pagi
Sebelum subuh..Sebelum breakfast..Aisha mesti ber-'nebulizer'.
Aisha diarahkan berpuasa 2 jam awal sebelum ke bilik fisio.
Gambar bawah...Aisha ber'buka puasa' dengan selera sekali!
:)



 ISNIN 18 Mac 2013 - Tengahari
Memandangkan Aisha malas sangat nak minum air..
terpaksa makbonda cari jalan!
Minum air zam-zam dalam syringe...then tick lam carta!
ermmmmm....berjaya!
Sakan Aisha minum....kejap jee penuh carta!
( ...maka senanglah jgk makbonda nak beritahu pada nurse 
berapa isipadu air yang diminum Aisha ,
setiap kali dia orang check Aisha!...)


...Aisha banyak Zzzzzzzzz dari mainnya...
Hinggakan doktor pun cakap..
"Saya masuk bilik mesti tengok dia tidur.."
 ermm...
Doktor memberitahu yang Aisha tiada denggi..dan 
demam yang dialami disebabkan simptom jangkitan kuman di peparunya.



HARI  5  
 SELASA,19 Mac 2013- Pagi
Aisha dah nampak sedikit ceria & sihat!
Tup2...datang pula nurse nak ambil darah..!
:)


Tengahari- Aisha hilangkan boring dengan game restorannya!
Mujur jugaklah di bilik ni..boleh lihat panorama luar..
Rasa tidaklah terlalu terkurung!
Aduhai..


Praktis Teknik Pernafasan Semasa Rawatan  :
(Baik untuk peparu..dan membolehkan kanak-kanak batuk untuk membuang kahak di peparu...)
Langkah 1 - Tarik nafas ikut hidung & hembus melalui mulut ( 3x)
Langkah 2- Tarik nafas dengan tangan dinaikkan perlahan ke atas
& dihembus melalui hidung ( 3x)
Langkah 3 - Tarik nafas dalam-dalam & batuk!
(pastikan setiap kali batuk....kahak diludah keluar)


HARI 6


RABU,20 MAC 2013
Kali ke-dua berfisio-Slps fisio,baru boleh berbuka pose!
Then Aisha Zzzz ...mungkin kepenatan!
Alhamdulillah....tiada lagi demam
&
dibenarkan pulang pada sebelah petang.
Syukur!



Sekian ...
Al-Kisahnya!






p/s:
Terima kasih buat Kak Sal,Mr Abd Razak& Dik SR atas
doa kalian di ruangan komen untuk n3 sebelum ini..
Moga kalian diberkatiNya selalu..Amin.
:)


..Sejak Jumaat..


.
Aisha di sini...
:
:
:
:
:
v







...InsyaAllah...
..dibenarkan pulang hari ini....


DOA DHUHA









LISTEN TO QURAN

Listen to Quran