CETUSAN MINDA

image
image
image
image
image
image

..Mudah..Simple..Sedap..



Lama rasanya tak bercerita santai di sini..
:)
Dalam cuti-cuti ni
Suka juga intai-intai resepi dalam internet
Syarat pertama 
bila cari resepi  mesti
MUDAH,SIMPLE +  SEDAP
Ke duanya..
Semua bahan yang disenarai sememangnya 
sudah ada dalam simpanan
Ketiga
Sukatan yang diberi tak perlu guna2 penimbang!
erk! 
:)

Cari punya cari..
Maka jumpalah resepi yang menepati syarat & kriterianya
&
dipendekkan cerita
Maka semalam
berjayalah menghasilkan sesuatu bersama anakanda
Memang suka si Aisha bila boleh tolong makbonda
Biarpun tugas yang diberi
Hanyalah kacau itu..Kacau ini..
:)
(Semalam tak sempat pula nak snap gambar anakanda ni..
Yang ada dalam simpanan ..gambar masa buat sesuatu yang simple juga..Crackers Nestum Bercheese!..)
:
:
V
...masa ni aisha tolong makbonda ..utk dibawa ke jamuan sekolah...

Agaknya apa yang 
MUDAH,SIMPLE  + SEDAP
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V

KEK COKLAT MOIST KUKUS


Bila ikut pada resepi..
Dapatlah jadikan 2 biji kek tu..
Memandangkan yang tukang makannya tak ramai
Lain kali kena semua  sukatan dikurangkan kepada separuh je
So resepi next time yang perlu diubah  untuk kek bersaiz kecil lagi cute:
(Bolehlah dimakan oleh 2-3 orang je)


BAHAN 1 
- Semua bahan ini diayak sekali

1 Cawan tepung gandum
1/2 Cawan Serbuk Koko Van Haunten
1/2 sk soda bikarbonat

BAHAN 2
- dipukul sekali guna handmixer

1/2 Cawan gula pasir
2 Biji telur 

BAHAN 3
- Untuk dicampur dalam Bahan 1&2

1/2 Cawan  Susu Pekat
1/2 Cawan Minyak Mazola/Minyak masak pe2 lah
1/2 Cawan Air panas

BAHAN  4
- Untuk topping mudah


1/2 Cawan Koko Van Haunten
1/2 Minyak Mazola
1/2 Susu Pekat
 Panas di bawah api kecil

 CARA  :

- Bahan A + Bahan B + Kacau
- Campuran ini + Susu Pekat + Kacau
- KEmudian + Minyak Masak/Mazola +Kacau
- Last step..+ Sedikit2 air panas +Kacau
Bila sebati semua bahan campuran
Masuk lam loyang & kukus
Tunggu 30-40 minit
Siap!
+
Letak toping koko
&
Hasilnya
:
:
:
V
Memang nampak comot je kan...
Tak pe..
1st time try !
:)


Siap je..
Maka masa untuk makan..
:
:
V




 Alhamdulillah..
Yang paling suka makan 
Siapa lagi kalau bukan si Aisha
Sampai ke malam pun
dimintaknya
Uh!

:)

Sekian..
Yang Simple..Mudah + Sedap
Kita kongsi-kongsikan


:)










...Kehebatan Yang Tidak Dapat Disangkal..




Pernah berlaku satu peristiwa,
seorang ulama diuji dengan kehebatan AL-QURAN
oleh seorang Nasrani seraya berkata,

" Wahai ulama! Kalau betul apa yang ada di atas muka bumi
ini tertulis di dalam AL-QURAN,
cuba kau nyatakan kepadaku  secupak gandum boleh
menghasilkan berapa keping roti? "

Lalu ulama itu berkata,

" Baiklah,esok akan aku khabarkan kepada kau."

Pada keesokan harinya,
bertemulah kedua-dua orang tadi 
dan ulama tersebut terus berkata,

" Secupak gandum dapat menghasilkan 20 keping roti."

dan
Nasrani tadi bertanya,

" Dari mana kau dapat jawapan ini."

Ulama itu menjawab,

"Aku bertanya kepada tukang pembuat roti."

Lalu Nasrani tadi pun mempertikai jawapan ulama
dan berkata,

" Kau kata semua ada tertulis di dalam AL-QURAN?"

" Ya."

Kata ulama tadi dan membaca sepotong ayat
AL-QURAN
di dalam surah al-Nahl,




Inilah yang tertulis di dalam AL-QURAN.
Akhirnya Nasrani tadi mengaku kehebatan AL-QURAN
dan
terus menerima ISLAM sebagai agama.


Begitulah hebatnya AL-QURAN.





Ia sememangnya sesuai untuk semua zaman
kerana
di dalam AL-QURAN terkandung perkara
yang TELAH BERLAKU,
yang SEDANG BERLAKU 
&
yang AKAN BERLAKU.





AL-QURAN ,
Mukjizat  teragung yang kekal hingga hari ini..


Semoga kita tidak termasuk  dalam golongan
yang melupakan kehebatan
AL-QURAN.

 InsyaAllah..


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran
 (membaca dan memahami maknanya) dan 
 mengajarkannya.” 
(Riwayat Bukhari)





Zikir Munajat..







 PENGERTIAN    ZIKIR   MUNAJAT



Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. 
Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. 
Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa 
dan hamba bertaubat kepada 
Engkau Ya Allah



Maha Suci Allah dan Pujian itu bagi Allah, 
tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. 
Dialah Allah Tuhan Yang Maha Besar

 


 Cukuplah perhitunganku dengan Tuhanku yang Maha Mulia.
 Tiada sesuatu yang lain di hatiku selain daripada 
 Allah, nur Muhammad S.A.W




 Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah

 


 Tiada Tuhan melainkan Allah. Tuhan yang memiliki. 
Tuhan yang hak. Tuhan yang benar (nyata). 
Muhammad pesuruh Allah, benar segala janjinya lagi dipercayai

 


 Hamba memohon keampunan kepada-Mu Ya Allah, 
sesungguhnya Engkau yg Allah Maha Penerima Taubat



 Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah ,
 Muhammad Pesuruh Allah




Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah



Ya Allah yang Maha Pelembut  



Wahai Tuhan yang Maha Pembuka. 
Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui 



Ya Allah,Ya Allah,Ya Allah


 
 Kami memohon taubat kepada-Mu Ya Allah 
 Kami kembali kepada-Mu Ya Allah 
 Kami menyesal Ya Allah





Kami memohon taubat kepada-Mu Ya Allah 
 Kami kembali kepada-Mu Ya Allah 
 Kami sesungguhnya menyesal atas perbuatan 
maksiat yang pernah kami lakukan 





Allah- Allah-Allah-Allah Ya Allah, Allah Ya Allah
- Allah Ya Allah- Allah Ya Allah, Allah-Allah-Allah- Ya Allah,
 Allah-Allah-Allah Ya Allah, Allah Ya Allah-Allah Ya Allah-Allah Ya Allah.








Alunan zikir munajat.. 
.......yang  menggamit rasa rindu......



LISTEN TO QURAN

Listen to Quran