CETUSAN MINDA

...Kehebatan Yang Tidak Dapat Disangkal..




Pernah berlaku satu peristiwa,
seorang ulama diuji dengan kehebatan AL-QURAN
oleh seorang Nasrani seraya berkata,

" Wahai ulama! Kalau betul apa yang ada di atas muka bumi
ini tertulis di dalam AL-QURAN,
cuba kau nyatakan kepadaku  secupak gandum boleh
menghasilkan berapa keping roti? "

Lalu ulama itu berkata,

" Baiklah,esok akan aku khabarkan kepada kau."

Pada keesokan harinya,
bertemulah kedua-dua orang tadi 
dan ulama tersebut terus berkata,

" Secupak gandum dapat menghasilkan 20 keping roti."

dan
Nasrani tadi bertanya,

" Dari mana kau dapat jawapan ini."

Ulama itu menjawab,

"Aku bertanya kepada tukang pembuat roti."

Lalu Nasrani tadi pun mempertikai jawapan ulama
dan berkata,

" Kau kata semua ada tertulis di dalam AL-QURAN?"

" Ya."

Kata ulama tadi dan membaca sepotong ayat
AL-QURAN
di dalam surah al-Nahl,




Inilah yang tertulis di dalam AL-QURAN.
Akhirnya Nasrani tadi mengaku kehebatan AL-QURAN
dan
terus menerima ISLAM sebagai agama.


Begitulah hebatnya AL-QURAN.





Ia sememangnya sesuai untuk semua zaman
kerana
di dalam AL-QURAN terkandung perkara
yang TELAH BERLAKU,
yang SEDANG BERLAKU 
&
yang AKAN BERLAKU.





AL-QURAN ,
Mukjizat  teragung yang kekal hingga hari ini..


Semoga kita tidak termasuk  dalam golongan
yang melupakan kehebatan
AL-QURAN.

 InsyaAllah..


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran
 (membaca dan memahami maknanya) dan 
 mengajarkannya.” 
(Riwayat Bukhari)





LISTEN TO QURAN

Listen to Quran