CETUSAN MINDA

...Badan BERASID??!..



Darah di dalam badan di katakan berasid apabila
kita mengamalkan pemakanan yang kaya dengan asid sekaligus 
pemicu terhadap masalah keasidan dalam badan atau 
dikenali sebagai  asidosis. 
Pengambilan dalam kuantiti yang banyak serta kondisi bahan 
makanan yang dimasak terlalu lama dan dalam keadaan tidak segar merupakan faktor utama asidosis ini.



CHECKLIST  TANDA-TANDA BADAN BERASID


 - Badan berasa lesu sehingga kekurangan tenaga & 
tidak berupaya melakukan aktiviti harian
- Kerap berasa sejuk
- Mudah mendapat jangkitan penyakit berjangkit
- Sering alami kemurungan,gemuruh & gelisah tanpa sebab
serta mudah tertekan
- Kehilangan motivasi & tidak bersemangat menerus kehidupan
( peringkat serius)
-Sakit kepala,muka pucat
- hiperaktif
   Masalah gigi : Gigi longgar/sensitif/
mudah retak/keradangan gusi/sakit saraf gigi
-Ulser mulut,air liur berasid,pecah-pecah di kiri kanan bibir
-Jangkitan berulang pada tekak & tonsil



-Mudah mengalir air mata,konjunktivitis
-Ulser perut,regurgitasi asid iaitu asid perut
mengalir ke dalam esofagus & mulut sehingga menimbul rasa masam & pahit di dalam mulut.
  
- Individu turut alami kekejangan otot &
kekejangan kaki
-masalah gatal-gatal di bahagian tubuh yang berpeluh
-Kulit kering
-rambut kusam,rambut gugur
- Kuku nipis,mudah patah 



ANTARA PENYAKIT DISEBABKAN 
ASID BADAN
  



Kanser Sel 
Sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal 
pada DNA pada sel yang menyebabkan pembahagian sel yang abnormal sekaligus  boleh menghasilkan sel kanser.
  Kencing Manis
Bahan toksik berasid berkumpul di pankreas menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin yang bertanggungjawab menukarkan gula berlebihan dalam darah kepada glikogen.
Darah Tinggi

Toksid berasid dalam badan melekat dan berkumpul di bahagian dinding kapilari darah sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah melalui kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat.

Darah Rendah

Toksid berasid menyerap ion kalsium dalam jantung yang mengakibatkan aktiviti jantung menjadi lemah.

Penyakit Buah Pinggang

Pengumpulan toksid berasid dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang.
Osteoporosis

Jika badan kekurangan alkali, tulang akan membekalkan kalsium dan tulang akan menyimpan kalsium jika alkali berlebihan. Namun jika asid terlalu banyak, tulang akan sedikit demi sedikit membekalkan kalsium untuk meneutralkan keadaan berasid dalam badan. Lama kelamaan proses ini akan mengakibatkan osteoporosis di mana berlaku keporosan /kerapuhan tulang.

Gout

Toksid berasid yang terkumpul di bahagian sendi akan menyebabkan sendi-sendi membengkak dan sakit.
Sembelit

Usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancar, dinding usus besar berkurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit.

CONTOH PENGAMBILAN MAKANAN 
 BERASID-BERALKALI



 
 Sumber:
 Harmoni Oktober 2012



 

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran