CETUSAN MINDA

Checklist Isteri Bekerja..



PENAMPILAN  :

-  Penampilan isteri di tempat kerja direstui suami & tidak bercanggah dengan Islam
Cth. - mengenakan pakaian berwarna pastel berbanding warna-warna terang
yangboleh menarik perhatian ramai

-  Tidak berpakaian ketat seperti memakai kebaya yang menyerlah susuk tubuh

-  Tidak mengenakan baju yang diperbuat daripada material yang jarang
kerana ia membuat kelihatan seksi




PERGAULAN  :

-  Menjaga nada suara ketika bergelak ketawa bersama rakan-rakan
biarpun ketika bersama rakan sekerja perempuan

-  Menjaga aib suami dengan tidak menceritakan perihal rumahtangga
kepada rakan-rakan

-  Tidak bercakap mahupun bergurau secara lampau atau menyalahi adab

-  Tidak berhubungan rapat dengan rakan sepejabat berlainan jantina
kerana ia boleh membawa fitnah!



 SIKAP  DI RUMAH  :


-  Elakkan membawa balik kerja ke rumah kerana masa yang ada di rumah
seharusnya diperuntukkan kepada suami & anak melainkan
jika suami mengizinkan.

-  Kurangkan bercerita hal tempat kerja yang remeh temeh kepada
suami kerana suami juga mungkin mempunyai masalahnya
yang tesendiri di pejabat.

-  Tidak melewat-lewatkan waktu pulang ke rumah sehingga suami perlu
menunggu lama di rumah melainkan jika mempunyai hal penting.




 Olahan Sumber - Anis Bil 176 April 2012




LISTEN TO QURAN

Listen to Quran