CETUSAN MINDA

Sejarah Azan..



Azan mula diamalkan oleh orang Islam pada tahun pertama Hijrah.
Dalam hadis yang diriwayatkan al-Bukhari & Muslim daripada Ibn Umar r.a : Pada mulanya ketika orang Islam berhijrah ke Madinah,
mereka berkumpul & menunggu untuk mengerjakan solat.Ketika itu,
tidak ada orang yang menyeru(melaungkan azan) untuk menunaikannya.
Pada suatu hari,
Nabi Muhammad SAW telah mengumpul para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat 
serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.

Dalam mesyuarat itu,terdapat beberapa cadangan.
Ada yang mencadangkan dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat.
Ada yang mencadangkan ditiup serunai atau trompet,
Ada yang mencadangkan dibunyikan loceng.
Semua usul diajukan ini ditolak oleh Rasulullah SAW.


Umar bin Al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan :
"Telah datang waktu solat"
Cadangan ini diterima oleh Rasulullah SAW tetapi Baginda 
menukarkan lafaz itu dengan lafaz
"assolata jami'ah" yang bererti "marilah solat berjemaah".

Pada suatu malam,
Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk
menyeru orang ramai bersolat iaitu dengan mengumandangkan lafaz
Allahu Akhbar.....(dan seterusnya lafaz-lafaz azan)



Pada pagi harinya,Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah SAW
& Baginda berkata :
"Mimpimu itu mimpi yang benar dan
lelaki dalam mimpinya itu adalah Malaikat. "

Maka Rasulullah SAW pun menyuruh Abdullah Bin Zaid mengajarkan
kalimah azan tersebut kepada Bilal untuk dilaungkan. 
(Dan itulah kalimah azan dan iqamah yang kita laungkan sehingga ke hari ini.)



Apabila Bilal bin Rabah melaungkan azan seperti yang diajarkan tersebut, 
Saiyidina Umar telah mendengar azan tersebut dan terkejut kerana apa yang didengarnya sama seperti apa yang beliau dengar di dalam mimpinya. Rupa-rupanya, 
Saiyidian Umar juga telah bermimpi sama seperti apa yang 
Abdullah Bin Zaid bermimpi. 




Olahan sumber : 
Bahan Bacaan Ensiklopedia Solat





LISTEN TO QURAN

Listen to Quran