CETUSAN MINDA

..Tak Tahan Leter??..




Di ambil daripada petikan Berita Harian Online Julai 2010,
satu kajian  yang dikendalikan di London, telah  merekodkan, secara purata, seorang isteri menghabiskan masa hampir enam hari dalam tempoh setahun semata-mata untuk berleter kepada suami mengenai pelbagai perkara terutama berkaitan 
urusan rumah tangga!!
 
Kajian yang membabitkan kira-kira 3,000 responden itu merumuskan golongan isteri menghabiskan kira-kira 7,920 minit setahun berleter kepada suami mengenai rutin rumah tangga, tabiat minum/merokok serta kesihatan mereka. Ini bersamaan dua jam setengah setiap minggu atau keseluruhan 11 jam sebulan atau 
hampir enam hari setahun!!   

Manakala menurut pakar motivasi dan psikologi terkenal, 
Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah , 

berpendapat memang sudah lumrah semula jadi wanita yang memiliki paras hormon estrogen berlebihan lalu gemar meluahkan pendapat dan pandangan 
sehingga dilihat seolah-olah berleter. 
Menurut beliau lagi,
tujuan utama wanita terutama isteri berleter ialah untuk
membuktikan kasih dan sayang kepada pasangan


 Walaubagaimana,apabila beliau ditanya apakah mungkin 
berlaku kesan psikologi kepada suami jika saban hari dileteri isteri,

“ Memang tidak dinafikan lelaki akan menganggapnya begitu. Apatah lagi memang sifat semula jadi lelaki tidak suka diingatkan berulang-ulang terutama apabila dipesan isteri. Tanyalah mana-mana lelaki dari budak kecil hingga kepada golongan tua. Mana ada yang suka diingatkan berulang-ulang lebih-lebih lagi oleh wanita."

Sehubungan itu, 
beliau menasihatkan kepada para isteri yang kerap meleter :
:
*  Wanita terutama isteri perlu memahami masa dan waktu  yang sesuai untuk menegur atau memberi pandangan serta menyampaikan sesuatu mesej.

   * Leteran yang berjela-jela tidaklah penting..kerana dikatakan lelaki sebenarnya hanya mahu mendengar tiga patah perkataan saja dan selebihnya dirasakan seolah-olah tidak perlu. 
*  Adalah penting bentuk komunikasi dipelajari antara kedua pihak. Ini kerana melalui hubungan komunikasi itulah resipi kejayaan dalam mengeratkan hubungan suami isteri
*  Memberi teguran yang membina bukan semata-mata untuk menghentam mana-mana pihak dan perlulah kena pada 
tempat & situasinya!

:
:
Tip daripada Dr Fadzillah Kamsah  kepada suami  yang 
berhadapan dengan isteri suka membebel :

*  Sebagai ketua keluarga, suami wajar memberi nasihat tetapi biarlah secara rasional dan 
tidak sehingga mengguris hati pasangan.

* Suami disarankan agar  merenung sejenak faktor mengapa isteri berkeadaan sedemikian,berkemungkinan  budaya masyarakat yang tidak romantik 
antara sebab wanita sedikit tertekan.

* Amalkan  hubungan komunikasi dan saling bertolak ansur untuk 
kecapi  kebahagiaan suami isteri 


ermmm..
Kesimpulannya..suami isteri perlu ada rasa hormat antara satu sama lain.
Toleransi -Sabar & bertolak ansur itu penting!
Paling utama,tahu menjaga hati & perasaan masing-masing..
InsyaAllah!

Ok..Ok..
  Sebagai penutup untuk n3 kali ini...
diakhiri dengan satu animasi ,
semoga dapat menceriakan semua!!

:)










;)


LISTEN TO QURAN

Listen to Quran