CETUSAN MINDA

...Awas!


Menurut laporan Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP),
Telur Ayam Tiruan yang berasal dari China ini mengandungi pelbagai bahan kimia :
Natrium alginat,alum,gelatin,asid benzoik,kalsium klorida ,glucolactone serta air & pewarna makanan.
Manakala cangkerangnya pula diperbuat daripada lilin parafin,serbuk gypsum,
kalsium karbonat dll.

Penggunaan bahan kimia sebagai komponen utama dalam telur tiruan
menjurus kepada kesan yang berbahaya & mendatangkan pelbagai
masalah kesihatan dalam jangka panjang!

Penggunaan Asid Benzoik(pengawet) &
Alum (sebagai bahan pelembut)  :
Boleh menyebabkan kerengsaan perut,
Menjejaskan Sistem Saraf,
Menjejaskan Sel Otak,
Risiko Penyakit Hati,
Memburukkan lagi lelah & ruam kulit -ekzema


Kandungan Glucolactone- sebagai bajan pemejal :
Boleh mengganggu kadar metabolisme badan

Kalsium Klorida
Penyebab penyakit hati & saraf serta menggangu penghasilan sel darah

Gelatin- Diragui status halal telur tiruan!


TIPS MENGENALI TELUR TIRUAN  :

1.  Cangkerang telur kelihatan sedikit berkilat  daripada telur sebenar
2.  Jika disentuh,permukaannya terasa agak kasar
3.  Apabila digoncang,ia akan mengeluarkan bunyi kerana kandungan airnya
4.  Tidak berbau berbanding telur sebenar yang berbau seperti hanyir
5.  Jika diketuk,telur sebenar akan berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan
6.  Tidak mempunyai ruang udara di bahagian cangkerangnya
7.  Apabila dipecahkan,kuning & putih telur akan cair bersama 
& mudah bercampur disebabkan bahan mentah utama 
membentuk keduanya adalah sama!


Semoga kita sentiasa berwaspada dengan tipu helah pihak yang tidak bertanggungjawab
yang hanya  memikirkan keuntungan semata-mata!




 
Olahan Sumber :  Harmoni/Mei 2011
 
 

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran