CETUSAN MINDA

..Check KUKU !!..


Tahukah anda
perubahan pada kuku sedikit sebanyak membantu para doktor mengesan sesuatu penyakit.

Di antaranya  :


* KUKU PUTIH
- Masalah pada hati,atau kemungkinan masalah pada jantung,diabetes,kekurangan nutrient

*  WARNA KEBIRUAN PADA PANGKAL KUKU 
- Menandakan kitaran darah yang tidak lengkap & gejala penyakit jantung


 
*   KUKU MEREKAH/ TERTANGGAL
- Andai kuku kusam,kekeringan,rapuh dan tertanggal,ia berkait dengan penyakit tiroid
- Andai kuku merekah & berwarna kuning pucat,kemungkinan jangkitan kulat

*  SEPARUH BAHAGIAN HUJUNG KUKU BERWARNA MERAH MUDA/
COKLAT & KUTIKEL BERWARNA PUTIH
- Gejala penyakit kerosakan  ginjal yang kronik

 
*  TIMBULNYA KERUTAN MELINTANG & KUKU KELIHATAN KUSAM
-  Kekurangan nutrien atau gejala sesuatu penyakit seperti demam campak,
cacar air,masalah jantung ,syndrom Reynaud(kejang urat jari tangan & kaki akibat sgt sejuk)


*  KUKU BERBENTUK SUDU (KOILONYCHIA)
- Kemungkinan gejala kekurangan Zat Besi,Anemia 
 
*  LAPISAN MERAH MEMBUJUR PADA KUKU
-  Menandakan pendarahan pada salur kapilari.Garisan-garisan berganda merupakan
gejala penyakit darah tinggi


 *  KUKU KEBIRUAN
- Boleh menandakan tubuh kita tidak mendapat cukup Oksigen,
& juga gejala jangkitan peparu iaitu pneumonia

*  PERTUMBUHAN KUKU KELIHATAN LAMBAT,TEBAL & MENGERAS
SERTA KEKUNINGAN
-  Masalah sistem pencernaan yang kronik


*  TIMBUL BINTIK-BINTIK PADA KUKU
-  Adanya penyakit psoriasis (penyakit kulit kronik)


*  TERDAPAT LENGKUNGAN BERLEBIHAN PADA PANGKAL KUKU
& SEKITAR HUJUNG KUKU
-  Gejala penyakit emfisema (gangguan pada paru-paru),
penyakit kardiovaskular atau hati.


*  GARISAN GELAP DI BAWAH  KUKU
-  Perlu rawatan segera kerana dikhuatiri  melanoma,penyakit kanser kulit yg merbahaya!


Perlu diingatkan,
Peningkatan usia akan menyebabkan juga struktur kuku berubah & hal ini biasanya 
tidak mempunyai kaitan dengan dengan masalah kesihatan.
Jika menghadapi masalah kesihatan,disarankan berjumpa doktor
berbanding menganalisis sendiri perubahan pada kuku!!

INFO TAMBAHAN  :

* HUJUNG KUKU KELIHATAN PANJANG & ADA KEHITAMAN
SISA-SISA KEKOTORAN
- Tanda tibalah masa  MEMOTONG kuku anda!!!!!!!!
:p


Sumber  :  i-Sihat April 2011 & laman web HCV New Drug Research

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran