CETUSAN MINDA

..Di Sebalik Ke- ELEGAN-an..



BAHAYA  BERKASUT TUMIT TINGGI


Berkasut tumit tinggi  memang membuatkan penampilan seseorang wanita nampak lebih bergaya & ELEGAN...namun di sebalik itu boleh mengundang bahaya serta masalah kesihatan!

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) , 
kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.


Di antara keburukan berkasut tumit tinggi 
yang terlalu lama :

- kencing tidak lawas, masalah belakang & tulang pinggul,kesakitan pada bahagian 
  rahang, leher dan   kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah 
  kesuburan

- Berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi 
  pendek  hingga menyebabkan sakit tumit.

- Dengan  memakai kasut tumit tinggi akan mengubah cara jalan seseorang dengan 
  mengenakan pusat  graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 
   26 peratus pada  lutut iaitu  kes biasa osteoprosis.


- Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor 
   Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 
   peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

- Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit 
  tinggi ialah neuroma akibat daripada  kaki yang dipaksa  masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan.
  Pemakaian dalam jangka masa yang panjang ini boleh menekan saraf dan mulalah terbentuk tisu
  di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan 
  untuk  memulihkannya.



- Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita  
  berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang 
  bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan 
   menyakitkan.




- Masalah lain yang biasa berlaku sekiranya tersilap langkah yang 
  boleh menyebabkan  terseliuh pergelangan kaki. 

- Andai cara  berdiri ketika pemakaian kasut tumit tinggi  tidak 
  seimbang ,ia boleh  beri kesan kepada organ dalaman kepada 
  saraf kaki dan lain-lain urat dibawah betis   dan paha..
  Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri 
  yang tidak seimbang   setiap kali memakai kasut bertumit 
  setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada 
  organ dalaman dan kesuburan wanita.

- Hasil kajian akibat dari pemakaian kasut tumit tinggi boleh menyebabkan rambut gugur,leher, kesakitan pada lutut, sendi, tulang belakang, bahu & boleh juga penyebab kepada pening kepala!







Sehubungan itu CAP menasihati kaum wanita agar mengelakkan dari 
pemakaian kasut bertumit tinggi ini bagi menyelamatkan diri daripada mengalami 
pelbagai masalah kesihatan yang boleh memudaratkan.
 
 
ermm....
JANGAN  PAKAI  KASUT BERTUMIT TINGGI!!






 
Tapi..
Kalau setakat.....
 





agak-agak kena  cari kasut lain jugak kee??
...erkk!
:p


LISTEN TO QURAN

Listen to Quran