CETUSAN MINDA

Cakap2 di Bulan Puasa...






Topik hangat tika bulan puasa...:

Topik 1  -  Lauk Berbuka Puasa:

Agaknya mungkin bila time puasa ni...maka surirumahlah yang sibuk menyediakan hidangan utk berbuka puasa..termasuklah guru2 + org sini!.....
Terkadang je bila badan terasa letih..baru lee  merasa lauk 'tunjuk2 ' tu..aduhaii..
Yang seronok bila teman2 di bilik guru asyik terfikir2..tertanya2 nak masak pe utk berbuka
Yalah kan...menu resepi mesti lee berubah2 ..
Maka bertukar2lah resepinya...
Sama jugak org sini..dalam pada duduk di tapak perhimpunan pagi tadi..
sempat lagi salin resepi Kerabu Sotong!!hehehe...Ampunnn tuan pengetua..
Sesekali sesi berbincangan informal ni bisa mengurangkan stress juga pee...
terapi pagi2lah katakan...ermmmm
Pe2...Tq..k Ju utk resepi!!!



Topik 2 - Berat Badan Tak Turun!!
 Aduhaii...
Semalam..mendengar keluhan teman ..
Puasa2 pun berat badan tak turun-turun!
Siap tanya lakk kita.." berat badan tak naik ke?"
 jawapan mudah..."tak tahuu lakk k tiniee..."
yelah..apa tidaknya
 2 -3 menjak ni memang penimbang tuu tak diusik pun
aman jekkk dia duk bawah katil tu haaaa...:)

Semalam juga..sempat  beli majalah Rapi..
kebetulan pula ada topik yang relevan dgn apa yang dibualkan...
"langsing Di Bulan Puasa"
Antara yang dibincangkan...Tips Elak berat Badan Meningkat!




JANGAN  tidur selepas sahur !
Berikan masa untuk perut mencerna makanan selama lebih
1 jam.
Masa lebih 1 jam ini bolehlah diisi dengan aktiviti2 sihat .
(...alhamdulillah..setakat ni memang tak sempat nak2 sambung tidur ni..)

Ketika berbuka   puasa,
kurangkan mengambil makanan yang mempunyai kadar gula tinggi,bersantan,hindari makanan mengandungi lemak & kolesterol.
Jangan minum ais & elak berbuka dengan minuman manis dengan kandungan gula yang tinggi!

(....errrmmm...memang ais jarang sgt2 minum masa berbuka...tapi kalau kuih tu adalah jugak!!....&segelas air manis tu kiranya oklah kan..:):)...)

Elak daripada mengambil makanan manis kerana ia hanya bertahan selama 2jam setelah dimakan.
Makanan manis akan membuat badan mengeluarkan insulin dengan cepat & menjadikan kita cepat berasa lapar.
Semasa sahur,terapkan makanan berkarbohidrat kerana ia bertahan dalam badan selama 5 jam! 
(.......makan popia basah pun sedap!!...
kiranya karbohidrat + serat pun ada:):)...)




Elak minum air kopi/minuman bergas sebaliknya minum air putih yang cukup agar cairan badan tidak terganggu.
(aduhaii...ada kee yang minum air bergas  tika berbuka..camne tuu!!..)





Saat Berbuka

* 1/2 jam sebelum berbuka- disyorkan aktiviti aerobik atau senaman ringkas sekurang2 20 minit!!
Jangan bimbang kehabisan tenaga kerana kita masih mempunyai lemak yang perlu dibakar!!!

(....aduss!!Yang ni tak sempat nak buat lagiii...masak kat dapur petang2 pun dah penat...
last2...nak rehatkan diri...mengadap blog:P...) 





Demikian diantara tips2 yang disyorkan disamping pengamalan
diet yang seimbang & perbanyakkan serat dalam pemakanan....
Moga memberi manfaat bersama
:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran