CETUSAN MINDA

Ibarat TANAH & HUJAN...



Tertarik dengan satu tajuk di dalam majalah Solusi....iaitu dalam sebuah hadis Rasulullah SAW telah membuat satu perumpamaan tentang hidayah & ilmu di mana Baginda mengumpamakan  :

Hidayah & Ilmu itu bagaikan HUJAN  
manakala hati-hati manusia itu pula seperti  TANAH.

Lantas  Rasulullah SAW juga membahagikan pula tanah-tanah bumi yang menerima 
hujan kepada 3:


PERTAMA  :
 
"Di antara tanah itu,ada yang suci dan baik boleh mnerima air,lalu tumbuhlah di atasnya rumput-rumput & tumbuhan yang banyak"

Siapakah Golongan Ini?
:
Mereka ialah manusia yang menerima ilmu dan hidayah daripada Allah SWT,lalu beramal & memanfaatkannya untuk diri mereka.Malah kesan ilmu & hidayah itu bukan sahaja untuk dirinya,bahkan mereka manfaatkannya juga untuk oranglain di sekeliling dengan mengajarkannya & menyebarkannya.

KE-DUA  :
"Di antara tanah itu pula ,ada yang tidak menumbuhkan tanaman,ia menakung air ,maka dengannya Allah SWT memberikan manfaat kepada orang ramai,mereka minum,memberi minum dan juga bercucuk tanam"

Siapakah Golongan Ini?
 
Walaupun mungkin mereka tidak begitu mengambil faedah daripadanya atau ilmu itu tidak begitu berkesan pada diri mereka,namun mereka berjaya menyebarkannya & menyampaikannya kepada oranglain.
Maka dengan itu ramai manusia yang mengambil faedah malah lebih baik dari dirinya.Namun tidak mengapa kerana sekurang-kurangnya kelebihan menyampaikan ilmu tetap menambah sahamnya di akhirat..

KE-TIGA  :
"Dengan hujan itu menimpa pula satu jenis tanah lagi,ia hanyalah tanah gersang,tidak mampu menakung air dan tidak pula menumbuhkan rumput"

Siapakah Golongan Ini?
Golongan ini merujuk kepada mereka yang tidak mahu menerima ilmu,dirinya juga tidak memberi apa-apa manfaat kepada orang lain.

:
:
Untuk renungan sejenak..

Tanah jenis apakah kita ini?
Adakah selama ini kita benar-benar memanfaat 'hujan' itu?


Berfikir dan Merenung Pada Diri ini Jua......

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran