CETUSAN MINDA

...Sketsa - Kasihnya Ibu...

Di kala keperitan itu..
Dirimu tetap tersenyum biarpun hambar
Menahan segala kesakitan
Kerana kau tahu..betapa besarnya nilai pengorbananmu..
Semuanya dugaan seorang ibu..




Namun..
Dugaan itu datang lagi
Tatkala mendewasakan anak 
Pelbagai kerenah ..suka dan dukanya
Biar di hatimu merasa terkilan
Biar perasaanmu pernah tercalar
Namun..
Kemaafan itu sentiasa terbuka di hati
kerana kasih ibu tetap abadi




Begitulah sketsa kehidupannya....
 Sentiasa memujuk diri ..melupakan kepedihan..
Kemaafan  mendahului segalanya
Kerana
Kasihnya seorang Ibu tiada tandingannya...

"Selamat Hari Ibu..."

Moga kalian Terus menghargai Insan yang bergelar IBU ...


* Khas buat makbonda...

Sesungguhnya kasihmu kan sentiasa kukenangi hingga nafas terakhirku....
Kesabaranmu..Kasih sayangmu..tiada bandingannya..
Tksh utk segala2nya....

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran