CETUSAN MINDA

..Siapa Qarin Dalam Diri Kita..


Teringat nasihat teman
Dalam pada kita membaca Al-Quran adalah lebih baik juga utk kita
Memahami isi kandungannya...
Kerana di situ segala ilmu ada yang bisa membimbing kita 
agar tidak tersasar jauh...
Kebetulan pula semasa di Bilik Guru..
Ternampak terjemahan Al-Quran di atas meja ustazah
Tertarik juga bila melihat penyampaiannya..yang bukan sahaja ada terjemahan
malah huraian dalam susunan ayat yang mudah difahami di samping
setiap baris ada warna2 berlainan mewakili tajwidnya...
dan rasanya keseluruhannya memang menarik..
& rakan memberitahu...
Harganya RM 300


Bila mendengarnya terdetik di hati..'owh!'...
Namun..
Selepas itu diri mula memikir..
Shopping baju ke..handphone ke...handbag ke..kasut ke..pinggan mangkuk ke..atau apa2 ke
beratus2 harganya  tidak berkira pula bila membelinya..
Walhal semua tu hanya bersifat sementara..

Terasa diri begitu teruk &..daifnya diri...
Kerana ada juga sifat berkira-kira untuk sesuatu yang sememangnya menjamin
kesejahteraan yang berkekalan..iaitu mendalami ilmuNya..
Teringat kata teman..
Di dalam diri kita adanya QARIN..., jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia & boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Tugasnya mendorong dampingannya membuat kejahatan & membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya.Kiranya segala apa yang tidak baik untuk kita.Namun,untuk mengimbangi usaha qarin ini, Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Namun andai kita masih ada imannya dan sentiasa tahu pahala-dosanya..InsyaAllah kita sentiasa di landasanNya...

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: 

Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, 
bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. 
Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, 
"Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: 
"Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. 
Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.


Semoga kita masih diberikan pertimbangan yang waras dalam 
mempertahankan diri dari hasutan qarin....
InsyaAllah..




**  Pada kalian yang berminat untuk memiliki terjemahan Al-Quran
dan ingin melihat penyampaiannya,bolehlah ke laman web :


LISTEN TO QURAN

Listen to Quran