CETUSAN MINDA

Sebaik-baik Perubatan...

Bekam atau Al-Hijamah , amalan sunnah yang merupakan  satu terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT.
Rasullullah SAW  pernah bersabda , 
"Sebaik-baik perubatan bagi kamu ialah berbekam."
&
"Sesungguhnya berbekam itu menjadi ubat kepada 72 jenis penyakit"
(Hadis riwayat Bukhari & Abu Naim)

Fakta Tentang Berbekam

Apa itu Bekam    :  

Proses membuang darah kotor (toksid-racun yang berbahaya dari dalam tubuh, melalui permukaan kulit. .

Mengapa Perlu Berbekam  :
*  Selepas 3 bulan ,sel darah merah dalam tubuh akan mati,& ia akan bergabung dengan lebihan asid urik,urea,toksin dan juga sel darah merah yg rosak.
Sel darah kotor akan berkumpul di lapisan bawah kulit seblm dikumuh.
*  Sel darah yg rosak atau darah kotor yg gagal dikumuh dan masih hadir dlm sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat & tersumbat
-  dan kesannya akan mengganggu pelbagai sistem badan & menyebabkan kegagalan fungsi sistem limfa,ginjal,hati dan akhirnya menyebabkan pelbagai penyakit kronik!!!!

Gejala pengumpulan darah kotor  :


-  Gejala Awal  :  lesu,letih,tak sedap badan,kebas2 kaki/tgn,tak bermaya,kurang segar,pening,cepat bosan,murung,mudah marah,mudah mengantuk dan mudah pitam.


-  Gejala Akhir  :  Penyakit kronik mengancam kita seperti darah tinggi,strok,ghout,barah,diabetes dll.


Mengapa Melalui Kulit  : 


Kulit , organ yang terbesar dalam tubuh manusia, sebab itu banyak toksid / racun berkumpul . Dengan berbekam dapat membersihkan darah yang mengalir dalam tubuh manusia. Inilah salah satu DETOKSIFIKASI (proses pengeluaran toksid / racun) yang sangat berkesan / mujarab serta tiada kesan sampingan.

Faedah Berbekam  :
- Buang darah kotor,darah beku ,darah berpenyakit,angin & toksin
- keluar gula berlebihan , asid urik & kolesterol
- ringan otot yg tegang & atasi stress
- menyegar & menyihatkan badan
-  lancar peredaran darah
& dll kebaikannya.


** Kenapa tetiba n3 berkenaan BEKAM???
Sebabnya...hari ini org sini berbekam!!34 points!!
Ingat kata2 teman
"Halangan utamanya...TAKUT SAKIT..Sakit selama ini  bertahun2  boleh tahan, berbekam sekejab jee...kalau sakit pun kejab jekk."...
:):):)
Tapi bila dah berbekam tu...tak deklah sakit..cuma sekarang ni...
terasa pedih jee di bahagian berkenaan.. !!
Pe2..Alhamdulillah...
:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran