CETUSAN MINDA

..Mudahnya Berkata-kata..

Dalam seharian ,
 pasti kita akan berbual dengan orang di sekeliling kita
Yang lebih hampir..dengan teman2.
Skop perbualan  terkadang berkisar tentang keluarga.. masakan,..percutian..
masalah kesihatan..petua dll.....
& akan menjadi lebih hangat lagi 
 bila  ia meleret kepada gossip menggosip!
Itulah ia..seolah satu fenomena biasa yangberlaku!
Aduhaiii...

Untuk n3 kali ini..bukan nak bincang pasal siapa diumpat siapa yg mengumpat
Sebab memandangkan ia berlaku di hadapan empunya diri
maka ia tidaklah pula dikategorikan sebagai Mengumpat!!!!
Ia  tentang ragam manusia yang mungkin terlalu telus..
atau dengan kata lain
terlalu ingin mengambil tahu....!!!!
atau
lebih senang juga diklasifikasikan sebagai 'busy body!!" erkkk!

Kiranya bila nak tanya tu..langsung tidak berfikir apa2 ..
langsung tiada rasa janggal bila mengaju soalan pada temannya.....uhhhh!!!
Langsung tidak berfikir perasaan org berkenaan ..hinggakan terkedu dibuatnya...

++++++ 
tercengang!!!!!!!
:
Kenapa ???
Sebab soalan yang diaju  membuat perasaan orang lain tidak selesa utk menjawabnya!!
Ibaratkan kata orang.."cakap ikut sedap mulut jee..main redah jee..!"
Terkadang diri terfikir...
ada jugak yaa spesies macam nii...
betapa mudahnya untuk mengeluarkan kata2..


Jangan ingat semua boleh diajukan soalannya..
Sekurang2nya perlu ada rasa hormat terhadap perasaan org lain...
Menghormati & akur  hak peribadi seseorang
Jangan disebabkan keinginan yang membuak2 utk mengetahui
tanpa memikirkan orang lain...
lantas melangkaui perasaan teman ..
Itulah bahananya mulut

Mudah untuk berkata-kata
Namun terkadang tidak semudah  diterima oleh oranglain...
Umpama duri yang menusuk hati
Tanpa kita sedari..rupanya ada perasaan yang tersentap...
Dengan itu..
Dalam mengatur bicara..biarlah didahului dengan akal dan hati
Sebagaimana Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan:

“Lidah orang yang berakal terletak dibelakang hatinya, 
hati orang yang sebaliknya terletak di belakang lidahnya”
Justeru itu...
dari berbicara yang tidak menentu, maka lebih baik baginya bersikap diam sahaja 
maka  dengan demikian, 
harga diamnya itu
laksana emas.....!

Fikir-Fikirkanlah...








LISTEN TO QURAN

Listen to Quran