CETUSAN MINDA

AWAS..KENALI BOTOL PLASTIK..!!



Sedarkah kita bahana ceteknya pengetahuan kita utk mengenali jenis-jenis plastik bisa mengundang bahaya kepada kesihatan kita.
Maka pada kali ini..bagi anda yang mungkin pernah terbaca atau terdengar tetapi TERLUPA dan juga bagi anda yang masih belum mengetahuinya,maka di bawah ada beberapa panduan yang harus anda ketahui agar minuman yg diminum adalah dari botol plastik yang SELAMAT.


Setiap botol mempunyai kod rasminya tersendiri yang mewakili jenis bahan yang diguna dalam menghasilkannya serta kesannya pada kita.


                                     click to enlarge

                                           PET/PETE - Polyethylene Terephthalate

  •  Botol plastik jernih (transparent) eg botol mineral
  • Penggunaanya disarankan HANYA SEKALI PAKAI.
  • Kekerapan penggunaanya dikhuatiri lapisan polimer pd botol bocor & mengeluarkan  karsinogenik iaitu antara pencetus KANSER
  • Semasa plastik PET dihasilkan,bhn yg dipanggil sebagai antimoni trioksida drpnya boleh menyebabkan iritasi kulit dan salur pernafasan sekiranya terdedah dlm jangka masa yg panjang
  • Disamping itu,bagi wanita,masalah haid ,keguguran dan sekiranya anak dilahirkan berkemungkinan besar mengalami pertumbuhan yg lambat sehingga usianya menjangkau 12 bulan.
  • Penggunaan berulang2 akan menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya.
  • Jangan biarkan bekas air di dlm kereta pada hari yg panas kerana bahan toksinnya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutamanya kanser payudara

                                                 HDPE - High Density Polyethylene

  • Lazim ditemui pd botol susu dan bekas makanan
  • Selamat digunakan kerana kemampuannya mencegah tindakbalas kimia antara komponen kimia plastik dengan minuman atau makanan yg diisi di dalamnya
  • Tahan pada suhu tinggi
  • Namun penggunaan dalam jangka yg panjang boleh membebaskan antimoni trioksida dari semasa ke semasa

                                                     V - Polyvinyl Chloride(PVC)

  • Plastik plg sukar dikitar
  • Diguna sbg pembalut makanan(cling wrap) atau pada botol2 lain
  • Mengandungi DEHA,bahan yang berupaya bertindakbls dgn makanan yg dibalut dgn plastik semasa bersentuhan secara terus.
  • Ini memberi kesan kepada ginjal dan hati

                                                 LDPE - Low Density Polyethylene
  • Diguna sebagai bekas makanan atau botol mudah kemek
  • Plastik yang kuat,tembus cahaya,fleksibel dan permukaannya agak berminyak
  • Boleh dikitar semula tetapi sukar dilupus
  • Selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan diguna sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke makanan tersebut.


                                                             PP - Polypropylene
  • Pilihan TERBAIK 
  • Bersifat jernih(transparent)
  • Lebih kuat,ringan dgn daya tembusan wap yg rendah & stabil pd suhu tinggi
  • Selamat digunakan dan boleh dipanaskan di Oven microwave tetapi untuk jangkamasa 3 bulan sahaja jika diguna setiap hari. Oleh itu anda harus membuangnya dan gantikan dengan yang baru jika sudah terlalu lama menggunakannya.

                                                             PS - Polystyrene

  • Diguna utk bekas makanan styrofoam dan cawan/gelas minuman pakai buang
  • Merupakan polimer aromatik yg blh mengeluarkan styrene ( bahan ini juga blh ditemui pada asap rokok,kenderaan dan kilang) pd makanan sekira bersentuhan
  • Bahaya pada otak,berpotensi mengganggu hormon estrogen wanita yang memberi kesan pada sistem peranakan, pertumbuhan dan sistem saraf.

                                                                    OTHER :
                                                        SAN - styrene acrylonitrile
                                                  ABS - acrylonitrile butadiene styrene
                                                            PC - polycarbonate
  • Boleh ditemui pd bekas makanan dan minuman,komputer dan alat elektronik
  • Mengandungi BPA atau Bisphenol-A yang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan Kanser terutamanya Kanser Payudara
  • Bisphenol-A (BPA) ini boleh merosakkan sistem reproduktif, mengubah kadar pertumbuhan bayi dan merosakkan organ tubuh, meninggikan risiko kanser payudara, kanser testicular, atau prostrate kadar sperma yang rendah, keguguran, kegemukan, diebetis & tekanan darah tinggi 



*** Olahan dari sumber bacaan Rapi09'

Salam Kemerdekaan Ke-52









TEMA  :

1 Malaysia,  
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan


  • Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. 
  • Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
  • Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
 MERDEKA!!!!!!  
MERDEKA!!!!!!
MERDEK
MERDE
MERD
MER
ME
M
ME
MER
MERD
MERDE
MERDEK
MERDEKA!!!!!!
MERDEKA!!!!!!

HANYA BERPESAN..


Mungkin kerana kita leka, 
sekali pena terlepas dari genggaman tangan,
ucapan'opps' 
mendahului
'YA ALLAH',
bila perut kenyang 
'kenyangnya' mengatasi  
'ALHAMDULILLAH',
bila diri terpegun oleh keindahan alam,
'SUBHANALLAH' 
tertutup oleh 'cantiknya,
bila dikunjung berita malang,
'kasihannya' terucap kerana kita lupa
'INNALILLAH',
kadangkala kita lupa kerana terbiasa,
tapi ingatlah
agar bila IZRAIL mendekati kita, 
biarlah ucapan
'LAILAHAILLALLAH ' 
menjadi juara mengatasi segalanya...

DAN  INGATLAH JUA..

Siapa yang memenuhi ajakan iblis,
maka hilang agama dari dirinya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa,
maka hilang darinya nilai nyawanya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya,
maka hilanglah akal dari dirinya.
Siapa yang memenuhi ajakan dunia,
maka hilang akhirat dari dirinya.


***  
         Sebagai peringatan utk diri ini jua....


 

Antara KURMA & KISMIS


Antara Khasiat KURMA :


  • Kalori tinggi,mudah dihadam..sesuai ketika berbuka puasa
  • Bantu rendah risiko serangan angin ahmar
  • Kandungan karbohidrat tinggi,beri tenaga maksimum
  • Mengandungi zat Kalium( di samping magnesium,potasium & kalsium)... yg baik utk kebaikan jantung & pembuluh darah,di mana ia berfungsi membetulkan denyutan jantung,mengaktif pengecutan otot & mengatur tekanan darah
  • Gula dlm kurma mudah diserap dlm tubuh ,maka ia adalah buah yg PALING IDEAL utk hidangan berbuka /sahur
  • Ada pelbagai vitamin
  • Kaya dgn serat yg membantu melancar & mengaktif fungsi usus,maka ia permudah pembuangan air besar.
  • Mengandungi asid amino,Triptofan yang blh menenangkan perasaan!
KISMIS


  • Mengandungi sebatian yang mampu menurun kolesterol.Sekiranya diamal pengambilan 400 kalori kismis setiap hari blh menurun 8% kolesterol dlm darah
  • Bebas kolesterol,rendah natrium,bebas lemak selain kaya vitamin,mineral,zat besi,serat & kalsium
  • Sabda Nabi Muhammad SAW :
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Dan Nabi Muhammad SAW jua bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, mengelokkan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan keletihan".


  • Imam Ali a.s bersabda :

"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

  • Dinyatakan di dlm kitab At-Tib An-Nabawi (perubatan nabi) dalam hadis yang bermaksud :

"Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis),ia menghilangkan keletihan,menguatkan urat saraf,meredakan kemarahan,mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung & mulut"

  • Imam Zuhdi berkata :
"Barangsiapa yang ingin menguatkan daya ingatan hendaklah ia kerap memakan anggur kering"

  • Kandungan polyphenolic phytonutrients mempunyai fungsi antioksidan yang sangat baik utk kesihatan & menghalang kerosakan mata
  • Antioksidan boleh mencegah tumor,kanser & menjaga kesihatan jantung

*** Olahan dari sumber : Majalah Rapi keluaran Ogos09'

IF YOU THINK YOUR JOB IS TOUGH & RISKY....THINK AGAIN!!!!

SNAKE CATCHERS IN AFRICA
free myspace layouts




How to make “snake & pigmy pie”...
Just tie on some protective gear


Pop down the hole


Use the latest available torch

Watch the birdie (or flame in this case)

Make sure the protective gear is the first thing to be bitten

Drag out the snake

Drag out the hunter

Show off the catch


Just another day at the office.....

P.S - Africa is not for “sissy’s”





Thinking positively…!!

If you think you have huge tension, look at them….


If you think your job is tough, how about him..?..


If you think your salary is low, how about her?


If you think you don’t have many friends,
ask yourself if you have one sincere friend…as. .. this Dog..



You think, study is a burden, how about her?


When you feel like giving up, think of this man..


If you think you suffer in life,
do you suffer as much as he does?


If you complain about your transport system, how about them?



If your society is unfair to you, how about her?


SO..

Always ‘be positive’……
No Matter What!!!!



CABARAN ALLAH KEPADA MEREKA YANG RAGU-RAGU DENGAN KEBENARAN AL-QURAN


Allah SWT mencabar golongan yang ragu-ragu dgn kebenaran al-Quran dgn pelbagai cabaran.Dalam surah al-Baqarah ayat 23 umpamanya Allah SWT berfirman :


Sekiranya kamu ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami maka datangkanlah satu surah yang serupa dengannya, dan undanglah pembantu-pembantu kamu selain daripada Allah sekiranya kamu terdiri daripada mereka yang benar.


Bahkan Allah SWT juga mencabar seluruh manusia dan jin utk mencipta sesuatu yg serupa dgn al-Quran seperti mana dalam Surah al-Isra ayat 88 :

Katakanlah sekiranya dikumpulkan para manusia dan para jin untuk menghasilkan sesuatu yang serupa dngan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat menciptanya walau mereka saling bantu membantu antara satu sama lain.

Cabaran Allah ini telah disahut oleh seorang proipagandis Palestin-Amerika bernama Anis Shorrosh. Beliau telah menulis sebuah buku yang dinamakan sebagai "Furqan al-Haqq"




Quran palsu ini mengandungi 61 Surah Palsu Ayat yang paling banyak bilangannya ialah 31 ayat dan yang paling sedikit bilangannya ialah 5 ayat. Berapakah jumlah surah al-Quran dan berapakah bilangan ayat yang paling banyak dan paling sedikit?






Tahukah anda jika sekiranya bilangan ayat mengikut susunan dari surah pertama hingga surah ke 61 dimasukkan dalam sel-sel microsoft exel.,satu bentuk graf akan terlakar. Bandingan corak taburan bilangan ayat lawan nombor surah dalam Quran Palsu bikinan Anish Shorrosh. Apakah bentuk susunan graph tersebut?.


Corak taburan seperti ini dinamakan sebagai taburan rawak, maksudnya tiada bentuk tertentu dan berselerakan. Sila amati dengan teliti dan bandingkan dengan corak taburan bilangan ayat lawan nombor surah al-Quran di bawah. Apa bezanya?

Apakah anda juga boleh membina satu lukisan yang bermakna dengan Quran palsu ini?

Namun Maha Kuasa Allah...

Corak taburan bilangan ayat lawan nombor surah dalama al-Quran jelas menunjukkan corak yang khusus. Taburan ini bukan berbentuk rawak. Sekiranya kita membina satu garisan yang paling cocok (best fit) ia kelihatan seperti garisan J atau satu garisan lurus dengan kecerunan positive. Cuba cantumkan titik-titik yang terdapat pada rajah di atas. Apa yang akan kelihatan?



LIHATLAH KEHEBATAN DAN KEBESARAN AL-QURAN








*** Pernah mengikuti seminar PASAK ,Pengukuhan Akidah Menerusi Mukjizat Sains dalam Al-Quran oleh Prof Madya Dr Mohd Arip B Kasmo & satu penemuan ilmu yang cukup mengagumkan..Maha Besar Allah..




JUST FOR YOU......

To My Friends


Jika inginkan seseorang sbg TEMAN,
Janganlah krn kelebihannya, Krn mungkin dgn satu kelemahan,
Anda mungkin akan menjauhinya. ...
Andai inginkan seseorang sbg TEMAN,
Janganlah krn kebaikannya, Krn mungkin dgn satu keburukan,
Anda akan membencinya. ...
Andai inginkan seseorang sbg TEMAN,
Janganlah krn ilmunya, Krn apabila dia dalam kebuntuan,
Anda mungkin akan menfitnahnya. ...
Andai inginkan seseorang sbg TEMAN,
Janganlah krn sifat cerianya, Krn andai dia tdk pandai menceriakan,
Anda mungkin akan menyalahkannya....
Andai inginkan seseorang sbg TEMAN,
Terimalah dia seadanya TEMAN,
Krn dia
hanya MANUSIA BIASA....
Ada Kelemahan .....Ada Kekurangan .. Ada Keburukannya...
kerana TIADA SESIAPA PUN YANG SEMPURNA....
Melainkan Allah Yang Maha Segalanya..


yellow  day myspace flower comments

KEAJAIBAN AZAN




Antara tanda Kekuasaan & Kebesaran Allah...
Azan bersahutan tanpa henti dan terus berkumandang
setiap saat di seluruh

pelusuk dunia..

IN THE WOMB

Miracle of Life


*** Pernah digunakan sbg bhn slide powerpoint utk pengajaran dalam satu kursus..sekaligus mendapat persembahan slide terbaik !!..dan hadiahnya..nak tauu...???
tarrraaaaaaaa.....


mini vacuum dalam kenangan...


CUTI-CUTI

Kebiasaannya bila cuti sekolah jek..mesti lam minda ni ada plan cuti2 M'sia!Tapi kali ni..tak tergerak hati lak..memandangkan virus H1N1..tdk kenal lokasinya..fuhh!
Kali ni..nama jek cuti..tp ada jek agendanya.ada jekk kerja buatnya...:)

PERTAMA :




Ohh tidakkkk...bagaikan memaksa diri nak berPTK!!fuh!..ye laa..asyik2 dapat 3..kiranya kali ni diberi peluang tuk baiki resultnya kut2 dpt tahap 4!!aduhaii..examnya hr Selasa ni..
wish me LUCK!!!!





KEDUA :


Dalam pada berPTK...cam biasa lee..tak lari dari kerja sekolah..
Kertas2 ujian ..yg sememangnya menguji tahap kesabaran bila ada jek jawapan yang menyimpang dr yg diajar..
Harap lam bln pose2 ni..bisa mendidik hati utk SABAR..
nama pun pelajar..kan kan kan...dalam fahamnya ada jua yg lemahya..dalam bacanya ada jgk yg spot soalannya...dalam jawabnya ada jua yg hentam logik akalnya...!!!eeii...
Saborr jekk laa..


KETIGA :

Menunggu mood utk 'kerja'kan file2 ni...ishh!maybe guru2 ni tk cukup dgn tugasnya kut..sbb diarah sediakan 7 komponen fail Panitia masing2...!!..Kali ni..slow skit nak siapkan ....maybe dulu dah sakan 'mengcomplete' file ..hinggakan pernah dpt
Pengurusan File Terbaik!!
Tup2..this year..kena buat 7 fail!!!!!!!!!!!!!Adusss...
Pe2 pun...Saya Yang Menurut Perintah....!!
Anggapkan ia juz cabaran kecikkk yg amat sangat...bisa dibereskannn...cuma menunggu moodku yg sampai sekarang tak kunjung tiba...!!Oohh..nooo..


KE-EMPAT :
Penghibur hati yg lara...melayan kerenah anakanda!! Muahhss..

video
Anak Solehah..



video
Ngajilah pulak..!!...ngaji2 jgk..kartun tu..tk leh tutup maa..!


KE-LIMA :

Me'layan' blog!!....











INSPIRATIONAL LIFE

Do you know what life is? Well, it's time that you find out! Life is more than you thought it was...!




PUASA DARI ASPEK PERUBATAN & KESIHATAN


Ramadhan...Bulan penuh keberkatan dan kelebihannya..Ramadhan adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita..Di sebaliknya jua..merupakan satu fasa perubahan ke atas sistem badan sekaligus memberi kebaikan kepada kesihatan :

Fasa Pertama ( 2 – 3 hari berpuasa )

Fasa Asidosis ( 3 – 14 hari seterusnya )

Fasa Akhir ( 14 hari hingga akhir Ramadhan )


Fasa Pertama

Masa : 2 – 3 hari pertama berpuasa

Gejala : Perut lapar, badan letih, cepat marah – gejala disebabkan kadar
glukosa dalam darah rendah. Di dalam fasa pertama inilah individu yang berpuasa terasa amat terduga dan inilah yang paling susah hendak dilalui sebab badan belum biasa dangan keadaan perut kosong dan rutin baru yang di amalkan oleh sipuasa.


Fasa Asidosis

Masa : hari ke 3 – 14


Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi `putih` atau berdaki - akibat keadaan ketosis ini gejala yang mungkin dialami oleh si puasa. Untuk menangani fasa ini, iaitu keadaan di mana si puasa mengalami tekanan darah rendah dan senang gelap mata, si puasa dinasihatkan tidak berdiri atau bangun dengan tiba tiba. Jika dari baring hendak berdiri, kenalah duduk dulu seketika sebelum bangun. Si puasa tidak perlu menghentikan aktiviti jasmani atau pekerjaan sebab fasa ini tidak bererti badan menjadi lemah. Bekalan lemak seorang yang berbadan sederhana adalah cukup untuk beberapa bulan apatah lagi bagi yang berbadan agak besar mempunyai bekalan lebih dari itu!

Di fasa ini badan mulai mengambil lemak sebagai bahan bakar dan tidak karbohidrat disebabkan bekalan karbohidrat sudah berkurangan. Keadaan ini hanya akan dihasilkan jika pengambilan makanan si puasa kurang dari keperluan badan. Jika si puasa mengurangkan penggunaan tenaga atau melebihkan rehat serta memakan berlebihan dan menukar aktiviti / jadual hariannya , keadaan ketosis ini tidak akan terhasil. Fasa ini adalah fasa pembuangan toksin dan bahan kotor dari badan. Gejala-gejala yang dihadapi berpunca dari pembuangan toksin ini. Lagi banyak toksin di dalam badan, lagi lamalah keadaan ini akan berlarutan. Jika anda mengesyaki badan anda mengandungi banyak toksin (selalunya orang yang berbadan agak besar saiznya, yang banyak memakan barang yang tercemar, banyak memakan ubat jenis `drugs', yang mengidap sembelit atau buang air besar jarang-jarang, mengidap penyakit yang berpunca dari toksin seperti sesetengah jenis penyakit artritis), anda boleh kurangkan kesan asidosis ini dengan membuat persediaan yang rapi dan latihan pra-puasa yang baik. Jika tidak, mungkin badan tidak mendapat sepenuhnya manfaat puasa dan mungkin membawa mudharat kepada hati yang terpaksa menanggung beban pembersihan toksin.

Fasa Akhir

Masa : Dari 14 – akhir puasa Ramadhan

Gejala : Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih, kadar glukos kembali normal.
Mental, emosi dan badan semakin `optima` dan anda menjadi `orang baru`. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses `asidosis & ketosis` di dalam badan berjalan lancar.


CARA BERPUASA YANG
TIDAK BERKESAN

Berikut adalah beberapa cara atau kebiasaan yang harus dijauhi supaya kita mendapat manfaat puasa sepenuhnya –

  • Makan terlalu banyak samada pada waktu sahur atau berbuka
  • Memakan makanan yang pedas, berempah atau payah dihazam
  • Memakan terlalu banyak daging binatang terutama bagi mereka yang mengidap batu karang, gout, allergi, alahan)
  • Suka mengulangi makanan sepanjang malam
  • Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.
  • Tidur selepas makan (perut kenyang)
  • Minum terlalu banyak kopi atau teh.
***
Petikan artikel dari BlogTepakSireh..utk info bersama..:)




LISTEN TO QURAN

Listen to Quran