CETUSAN MINDA

SOMBONG - EGO




Sifat sombong atau ego ini hampir semua orang memilikinya, cuma sesiapa yang kuat mujahadah dan
takutkan Allah sahaja berjaya
mengikis
sifat keji
ini.

Antara ciri-ciri seseorang itu ada penyakit sombong ialah:


1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi 
     orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf 
     darinya.
 
2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau 
     kritikan daripada orang lain terutama 
     orang di bawahnya.
3. Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah 
     kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, 
     bijak,mahsyur, dipuji orang,keturunan baik 
     dan sebagainya.

4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak
     -bentak orang di khalayak ramai.
5. Rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga 
     membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah 
     sama sekali.
6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf 
     dengannya sahaja.
7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, 
     orang lain salah dan tidak penting.
8. Susah minta maaf dan senyum pada orang lain.
9. Tidak pernah fikir kesusahan orang, ia fikir 
     kesenangannya  sahaja.
Apakah ciri-ciri di atas 
ada pada kita? ???

Kalau ada ertinya kita memiliki sifat sombong,
dan kita dalam kemurkaan Allah.
Sifat sombong jika dikekalkan ia akan membinasakan 
hidup kita di dunia dan Akhirat.
Di dunia , susah payah hidup, kita tanggung sendirian.
Bila mati tidak ada seorang pun yang akan mengenang.
Orang yang sombong akan dibenci ke mana sahaja dia pergi.

RENUNGKANLAH .....

Kalau dia seorang bos pejabat,
anak-anak buah akan menjauhkan diri,
jika dia pemimpin ,
suatu hari nanti ia akan digulingkan
dan jatuh sejatuhnya.
Lihatlah pada kesudahan orang-orang
yang menyombongkan diri mereka.....
Azazil, ketua para malaikat;
kerana sombongnya dia dihalau keluar dari Syurga.
Firaun ditelan Laut Merah kerana
kesombongannya mencabar Allah dan mengaku dirinya tuhan.
Qarun ditelan bumi bersama harta yang melimpah ruah juga kerana sombong.
Kikislah sifat sombong ini dengan berkata pada diri:


"Wahai diri...kalau kau sombong kau akan kehilangan kawan. ALlah dan Rasul dan seisi alam akan membenci mu. Hidup keseorangan seperti kera sumbang. Syaitan, firaun, Namrud, Qarun menjadi temanmu dalam Neraka. Sanggupkah  kau

 menanggung azab siksa Neraka yang manusia 
dan batu menjadi bahan bakarannya? Kawah 
yang isinya logam cair menggelegak, akan 
dicelupkan dirimu ke dalamnya.
Tahankah dengan
siksaan itu??"
Beristighfarlah.
InsyaAllah kita akan terselamat daripada sifat terkutuk itu.
Tiada gunanya kita mempertahankan sombong. 

Firman Allah :

"Janganlah kamu 
berjalan di muka bumi
ini dengan sombong kerana 
sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat
 menembusi bumi dan tidak akan sampai setinggi langit.
" Oleh itu carilah sifat tawadhuk; merendah diri dengan Allah















** Sumber : Kiriman email dari teman..TQ :):)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran