CETUSAN MINDA

OH SI SUAMI...!!

Cara Tegur Isteri - Adab dan Etika Menegur!

~ Khusus Untuk Si Suami dan Bakal-Bakal Si Suami ~





Kehadapan Tuan2 yang dihormati…


MUKADIMAHNYA  :

Isteri ...adalah insan yang pernah menjadi kekasih..
buah hati ..intan payung ..,yang disayangi masa bercinta dulu.Isteri seperti jua diri si suami hanya insan biasa yang tdk terlepas dari kesilapan.Jika diikut etika kemanusiaan...tidak wajar rasanya si suami   menampar teruk isterinya ? 
Bukankah isteri juga punya hati, perasaan dan emosi…
sama jua seperti si suami? 
Hatta si suami ditengking oleh boss dan dikutuk pastikan anda merasa sesuatu yang tidak enak , maka macam itu jugalah si isteri akan merasai apabila  ditengking dan dikatakan macam2.
 Si suami  WAJIB menasihat dan membimbing isteri  apabila dia melakukan kesilapan ..,membetulkan bila tersasar dan melanggar syariat. Namun dalam menegurnya  ada adab-adabnya...


ISI-ISI PENTINGNYA  :


Antara Adab-adab Menegur Isteri :


  1.Janganlah membesarkan masalah yang kecil. 




Kalau terpaksa tegur juga, gunalah perkataan yang lembut dan tidak menyakitkan hati. Andai pun  isteri bersalah, janganlah diperbesar2kan sangat. Jangan sekali-kali keluarkan perkataan yang kesat yang boleh menyakitkan hati isteri. Jangan hanya semata-mata mengikut ego, dengan mudah keluarkan kata-kata yang berlebihan pula. Ini dikhuatiri membuatkan si isteri tidak dapat menerima dan tidak mendengari segala apa yang diperkatakan oleh si suami. Sebaliknya ia mungkin akan menyebabkan isteri bertambah sakit hati dan berdendam . Gunakan pendekatan yang lembut dan berhemah. 
Itu lebih bagus.
Jangan pula..kesilapan isteri dijadikan bahan cerita sensasi di kalangan teman...bimbang ia mendatangkan FITNAH !



2. Teguran  mestilah berlapik




Tegur isteri dengan kata2 yang berlapik supaya maruah dan air mukanya tidak  jatuh. Biar dia sendiri yang berasa dia bersalah dan bukannya kita yang berlebih-lebihan menunjukkan kesalahannya. Ingatlah bahawa teguran yang keras itu hanya akan menyakitkan hati dan apabila hati dah sakit, maka emosi dan perasaan sukar dikawal.
  Namun seandainya dengan kata2 berlapik itu isteri tetap jugak tak faham2..,maka bolehlah si suami membuat teguran secara direct dan terus terang. Tapi ingat, cubalah

GUNA PERKATAAN2 YANG BAIK2 DAN NADA YANG LEMBUT PENUH DENGAN KASIH SAYANG. 
Lepas tegur, istighfar pada ALLAH banyak2 dan 
mohon supaya ALLAH berikan kesedaran pada si isteri .


3. JANGAN SEKALI2 MENEGUR ATAU MENGUNGKITKAN 
KESALAHAN ISTERI DI DEPAN ORANG LAIN. 




Hatta depan adik beradik, depan anak2 atau depan kaum kerabat yang rapat2 pun tak boleh tegur isteri secara terus. Sebab ianya akan membuatkan isteri berasa amat tersinggung ,rendah diri dan malu. Kalau isteri sudah tersinggung sudah pasti ia berbekam di hati dan bisa meremuk suatu hari nanti.


4. Tegurlah isteri pada waktu dan masa yang sesuai. 


JANGAN SEKALI2 TEGUR ISTERI MASA ANDA MARAH! Bersabarlah sikit. Bagi ruang pada isteri dan cari masa yang sesuai untuk buat teguran. Biar diri  ‘cool down’ dan tenang dulu kerana dalam fasa itu..ada ketenangannya..
InsyaAllah..minda akan lebih rasional apabila dlm ketenangan & sedia menerima teguran.

 

5. JANGANLAH bersikap SOMBONG dan MENINGGGI DIRI.





Walaupun bergelar suami dan sememangnya anda berhak untuk bersuara...., janganlah  melampaui rasa Ego.
Janganlah menunjukkan sikap seolah2  merendahkan 
kebolehan isteri .Dan janganlah pula terlalu memuji diri seolah-olah serba-serbi  boleh diharapkan..dan yang silap HANYALAH si isteri!
Macam2  kesalahan isteri diungkit. Patut ke macam tu? 
Jadi, janganlah anda bersikap sombong dan meninggi diri...kerna bimbang ia memakan diri anda sendiri..

KESIMPULANNYA

TEGUR LAH ISTERI DENGAN PENUH KASIH SAYANG..!!




Teguran si suami adalah atas dasar CINTA dan KASIH SAYANG, bukannya atas sebab melepaskan geram..Yang penting, teguran dibuat tidak melukai hati dan perasaan isteri.
Begitulah adab2 dan etika bagaimana untuk menegur isteri yang sememangnya diharapkan oleh si isteri terhadap suaminya. 

Menegur itu penting...kritikan yang membina..bukan kritikan semata-mata menghentam.

Menegur adalah dibenarkan selagi mana teguran itu memberikan kesan dan mendatangkan kebaikan, dan bukannya mendatangkan masalah, maka buatlah teguran dengan baik dan berhemah.


Sekian, semoga ada manfaat. 






** Olahan Bahan dari Shahliza.blogspot...Menarik ,.TQ:)

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran